Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wali I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
waliI 1. orang (bapa, datuk, abang, bapa saudara, sepupu laki-laki) yg boleh menikah­kan pengantin perempuan: Cik Rabiah masih mempunyai ~ ikrabnya yg kuat, iaitu bapanya sendiri; 2. orang yg diberi kuasa (dlm Islam) utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa; 3. = ~ Allah = waliullah orang yg dipilih oleh Allah SWT utk men­dapat pertolongan-Nya dgn dirapatkannya pd kehadiran-Nya: saya ini bukannya keramat atau ~ Allah; 4. orang yg memerintah sesebuah daerah (negeri dll); ~ akrab, ~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa; ~ kota Id datuk bandar; ~ negara Id ketua negara bahagian (pd zaman penjajahan Belanda dan zaman Republik Indonesia Serikat); ~ negeri Id a) ketua negeri; b) Gabenor Jeneral; ~ rumah mamak yg berkuasa dlm rumah adat, tungganai; berwalikan mempunyai seseorang sbg wali; mewalikan bertindak sbg wali, menjadi wali utk; memperwalikan menjadikan seseorang (sbg) wali, menunjuk seseorang sbg wali; kewalian darjat sbg seorang wali: sesiapa yg menafikan ~nya dituduh jahil; perwalian 1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
tauliah1. pelantikan menjadi wali (wakil dll), surat pelantikan (menjadi wali, wakil, dll): bilakah ada pilihan raya memilih saya jadi ketua kampung, mana ~nya? 2. surat kuasa (sbg wakil dll), surat kepercayaan; bertauliah mempunyai tauliah, ada tauliah-nya: hanya amil-amil yg ~ sahaja yg boleh menerima zakat drpd orang ramai; mentauliahi memberi tauliah kpd;mentauliahkan memberi tauliah, memberi kuasa: adalah yg berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;pentauliahan penyampaian (pemberian) tauliah: teman wanitanya tidak dapat ber-samanya di majlis ~ pegawai kadet itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
waliI 1 orang lelaki yg berkuasa menikahkan pengantin perempuan: Kerana ayahnya sudah meninggal, abangnya diminta menjadi ~ utk menikahkan Zainab. 2 orang yg diberi kuasa utk mengurus anak yatim dan hartanya sehingga ia dewasa. 3 = ~ Allah orang yg suci serta taat mengerjakan perintah Allah. ~ hakim orang yg bukan waris (spt raja, kadi) yg boleh menikahkan pengantin perempuan jika walinya tiada. ~ kota datuk bandar. mewalikan menjadi wali kpd.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perwalian1. perihal wali; 2. pengasuhan anak yatim serta penjagaan hartanya; 3. pengasuh negara yg belum boleh berkuasa sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
wali I1 orang lelaki yg berkuasa menikahkan pengantin perempuan: <i>Kerana ayahnya sudah meninggal, abangnya diminta menjadi ~ utk menikahkan Zainabi>.Kamus Pelajar
makam II1. kubur (digunakan utk orang yg dihormati spt nabi, para wali, keluarga diraja, dsb): pd hari Jumaat yg lalu, Sultan pergi menziarahi ~ ayahandanya; 2. = permakaman perkuburan: mayat askar-askar yg terkorban dlm serangan hendap itu dikebumikan di ~ pahlawan; M~ Nabi Ibrahim bekas tapak kaki Nabi Ibrahim berhampiran dgn Kaabah, iaitu salah satu tempat yg doa pengunjungnya mustajab; memakamkan menanam mayat, menge­bumikan, menguburkan: istiadat ~ jenazah Sultan; pemakaman perihal memakamkan, pengu­buran: ~ Tok Engku telah dijalankan dgn penuh istiadatKamus Dewan Edisi Keempat
hulu1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran.Kamus Dewan Edisi Keempat
menaungi1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, menga­wali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu di­naungi oleh kerajaan Inggeris;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengampu1. penahan, penyangga, penyo­kong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu.Kamus Dewan Edisi Keempat
memangku1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini?Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas