Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wang] | واڠ

Definisi : 1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah; tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~ bandar wang yg diper­taruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju mem­beli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan; ~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~ hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga (cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~ jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~ kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar (wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg lain, utk mendapat­kan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~ pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mula­mula masuk persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~ plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~ simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok, suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan wang berlebih yg ikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~ tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~ tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku (50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa; ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~abang melayang prb orang yg disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya (halnya); wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu; berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada; 2. ki kaya, berharta; mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang; kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ ementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll; perwangan keadaan dan pengurusan wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wang] | واڠ

Definisi : Kd; ~-wing berjalan mundar-mandir tanpa tujuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wang] | واڠ

Definisi : sl; ~ hati sedih (pilu) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wang] | واڠ

Definisi : alat pertukaran yg mempunyai nilai-nilai tertentu dan diakui sah; duit: Dia telah mendermakan ~ RM10,000/- kpd yayasan itu. ~ belanja wang yg digunakan sehari-hari. ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayarkan dahulu utk menandakan persetujuan membeli atau menyewa sesuatu. ~ hantaran wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd pihak perempuan (dlm perkahwinan). ~ kecil (pecah) wang yg rendah nilainya (spt sen). ~ keras wang yg tetap nilainya dlm pertukaran antarabangsa. ~ kertas wang berupa kertas dan mempunyai nilai tertentu. ~ luar wang yg diterima sbg bayaran atau upah membuat kerja luar. ~ panas wang yg berlebih-lebihan dlm peredaran. ~ perlindungan wang yg dibayarkan oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan, nyawa dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng tsb. ~ pertaruhan wang yg dibayarkan sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran dll. ~ pokok wang yg dijadikan modal dlm sesuatu perniagaan. ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen. ~ sagu hati a. wang yg diberikan sbg membalas jasa. b. wang yg diberikan kpd waris anggota polis (tentera dll) yg meninggal semasa bertugas. ~ sogok (suap) wang yg diberikan kpd seseorang (pihak-pihak tertentu dsb) utk menyogok. berwang 1 mempunyai wang: Dia sudah tidak ~ lagi. 2 ki berharta; kaya. kewangan hal-hal yg berkaitan dgn wang: Ia sentiasa menghadapi masalah ~. Kementerian ~ Kementerian yg mengurus wang negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wang (kata nama)
1. Bersinonim dengan duit: fulus, pitis, dukat, tikal,

2. Bersinonim dengan gaji: upah, pendapatan, elaun,

Kata Terbitan : berwang, mengewangi,

Puisi
 

Semenjak kentang dibuat gulai,
     Ubi tidak dikari lagi;
Semenjak wang jadi pemakai,
     Budi jarang dipeduli lagi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ada wang abang sayang,
     tak ada wang abang melayang.

Bermaksud :

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nyongsong[øN.soN]kata kerjamemulangkan baki wang selepas urusan jual beli.Toke tu salah nyongsong duet.[to.kE tu sA.lAh øN.soN du.wet]Tauke kedai itu tersalah memulangkan baki wang.
menyompong[m«.øm.poN]kata kerjamengumpul wang.Nampoknya koi kene menyompong lagi nok ke Mekoh.[nAm.pA/.ø« koj k«.n« m«.øm.poN lA.gi no/ k« m«.kh]Nampaknya saya perlu mengumpul wang lagi untuk ke Mekah.
cuco[tSu.tSo]kata kerjamemulangkan baki wang selepas membeli sesuatu.Toke telupe nok cuco balek cuet koi.[t.kE t«.lu.p« n/ tSu.tSo bA.le/ tSu.wet koj]Tauke terlupe hendak memulangkan baki duit saya.
lede[lE.dE]kata tugasberkenaan seseorang yang bersikap ambil mudah.Jangan lede simpan duet tu.[dZA.NAn lE.dE sim.pAn du.wet tu]Jangan ambil mudah simpan wang tu.
lembang I[lEm.bAN]kata kerjamenyelerakkan barang.Mok lembang baju cari duet ilang.[m/ lEm.bAN bA.dZu tSA.Äi du.wet i.lAN]Emak menyelerakkan baju kerana mencari wang yang hilang.
kekau[k«.kAw]kata kerjaberusaha mendapatkan sesuatu dalam keadaan susah (seperti duit, makanan).Mane ayoh nok kekau cari duet beli moto.[mA.n« A.jh n/ k«.kAw tSA.Äi du.wet b«.li mo.to]Mana ayah hendak mendapatkan wang untuk beli motorsikal.

Kembali ke atas