Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wang] | واڠ

Definisi : 1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah; tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~ bandar wang yg diper­taruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju mem­beli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan; ~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~ hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga (cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~ jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~ kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar (wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg lain, utk mendapat­kan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~ pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mula­mula masuk persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~ plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~ simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok, suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan wang berlebih yg ikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~ tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~ tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku (50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa; ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~abang melayang prb orang yg disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya (halnya); wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu; berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada; 2. ki kaya, berharta; mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang; kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ ementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll; perwangan keadaan dan pengurusan wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wang] | واڠ

Definisi : Kd; ~-wing berjalan mundar-mandir tanpa tujuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wang] | واڠ

Definisi : sl; ~ hati sedih (pilu) hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wang] | واڠ

Definisi : alat pertukaran yg mempunyai nilai-nilai tertentu dan diakui sah; duit: Dia telah mendermakan ~ RM10,000/- kpd yayasan itu. ~ belanja wang yg digunakan sehari-hari. ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayarkan dahulu utk menandakan persetujuan membeli atau menyewa sesuatu. ~ hantaran wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd pihak perempuan (dlm perkahwinan). ~ kecil (pecah) wang yg rendah nilainya (spt sen). ~ keras wang yg tetap nilainya dlm pertukaran antarabangsa. ~ kertas wang berupa kertas dan mempunyai nilai tertentu. ~ luar wang yg diterima sbg bayaran atau upah membuat kerja luar. ~ panas wang yg berlebih-lebihan dlm peredaran. ~ perlindungan wang yg dibayarkan oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan, nyawa dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng tsb. ~ pertaruhan wang yg dibayarkan sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran dll. ~ pokok wang yg dijadikan modal dlm sesuatu perniagaan. ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen. ~ sagu hati a. wang yg diberikan sbg membalas jasa. b. wang yg diberikan kpd waris anggota polis (tentera dll) yg meninggal semasa bertugas. ~ sogok (suap) wang yg diberikan kpd seseorang (pihak-pihak tertentu dsb) utk menyogok. berwang 1 mempunyai wang: Dia sudah tidak ~ lagi. 2 ki berharta; kaya. kewangan hal-hal yg berkaitan dgn wang: Ia sentiasa menghadapi masalah ~. Kementerian ~ Kementerian yg mengurus wang negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wang (kata nama)
1. Bersinonim dengan duit: fulus, pitis, dukat, tikal,

2. Bersinonim dengan gaji: upah, pendapatan, elaun,

Kata Terbitan : berwang, mengewangi,

Puisi
 

Semenjak kentang dibuat gulai,
     Ubi tidak dikari lagi;
Semenjak wang jadi pemakai,
     Budi jarang dipeduli lagi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ada wang abang sayang,
     tak ada wang abang melayang.

Bermaksud :

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).

 

Lihat selanjutnya...(43)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sogok, = wang ~ wang yg diterima kerana membenarkan berlakunya se­suatu yg salah di sisi undang-undang; wang suap; wang rasuah; makan ~ menerima wang sogok; makan suap. menyogok 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. 2 me­rodok ke dlm lubang dll; menjolok. me­nyogokkan 1 memberikan se­suatu sbg rasuah: Setelah disogokkan beberapa keping wang kertas, mereka segera diam. 2 memberikan sesuatu dgn menghulurkannya; mengunjukkan: Tangannya ~ sebatang rokok daun kpd Pak Mat. 3 ki mengemukakan sesuatu utk diterima, digunakan dsb: Sebelum bahan-bahan pelajaran yg lebih formal disogokkan, murid-murid haruslah menguasai beberapa kemahiran persediaan. sogokan wang sogok. penyogok orang yg memberikan sogokan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cengkeram, = wang ~ wang yg dibayarkan dahulu sbg pertaruhan sebelum membeli atau melakukan sesuatu; wang muka; wang pedahuluan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penukar1 orang yg menukar: ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). 2 alat yg digunakan utk menukar atau utk menukarkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sara1 = ~ hidup segala yg diperlukan utk hidup (spt wang, makanan); nafkah. 2 = wang ~ wang bantuan yg diterima; wang sokongan hidup; pencen: Tiap-tiap bulan, dia menerima ~ RM250/- drpd kerajaan. ~ diri sesuatu yg cukup utk keperluan sendiri (bkn hasil tanaman dsb). bersara 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 ber­henti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. menyara menanggung sara hidup; memberi sara kpd. persaraan hal atau perbuatan bersara. penyaraan hal atau perbuatan menyara. pesara orang yg bersara. pe­nyara orang yg menyara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penukar wangorang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara).Kamus Pelajar Edisi Kedua
penukar wangorang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara).Kamus Dewan Edisi Keempat
urup; urup-urup; kedai ~ kedai tempat menukar wang; mengurup 1. sl menukar wang (wang besar dgn wang kecil dll); 2. menukar barang dgn barang (dlm perdagangan dll); urup-urupan berniaga dgn menukar-nukar barang dagangan; pengurup penukar wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tabungan1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang);Kamus Dewan Edisi Keempat
mengurup1. sl menukar wang (wang besar dgn wang kecil dll); 2. menukar barang dgn barang (dlm perdagangan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
sara I1. = ~ hidup keperluan utk hidup (wang, makanan, dll), nafkah: suamilah yg ber-kewajiban berusaha mencari ~ hidup; 2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup: ia mendapat ~ drpd syarikat itu; bersara 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; menyara menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; saraan wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; persaraan perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara: penge-cualian cukai juga diberikan ke atas pen-dapatan drpd ~; penyaraan perihal (perbuatan, usaha dsb) me-nyara: kos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak ber-tambah; pesara orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); penyara orang yg menyara: sbg anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sbg ~ keluarga mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas