apa maksud waris kadim | Kadim ialah kerabat, saudara yg dekat. Sekadim pula ialah seketurunan yg dekat (spt adik-beradik dll); saudara ~ saudara seayah. Waris pula ialah 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanak-kanak tersebut? | Makna | 30.12.2009 |
Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan. | Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak. | Makna | 01.06.2010 |
maksud waris kadim untuk pembahagian harta pusaka | kerabat, saudara yg dekat | Makna | 21.08.2009 |
Soalan saya berkaitan tanda bacaan. Antara waris yang terlibat ialah: Atau; ( titik bertindih : atau koma bertindih; selepas iaitu? a. Datuk terdindig oleh bapa si mati. b. Nenek sebelah ibu. c...., Soalan saya juga adakah rincian tersebut perlukan tanda noktah, atau koma atau tidak perlu? | Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap,iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-), tanda ellipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya. Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut: (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh Hari : Isnin (2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul. (3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!” Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga. (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang tanda baca, saudara boleh merujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Tatabahasa | 24.04.2023 |
Mohon pengesahan istilah yang tepat untuk pesakit yang boleh /dibenarkan discaj dari wad tetapi tidak mempunyai waris dan terbiar. (Di dalam bahasa Inggeris situasi pesakit tersebut dikategorikan sebagai "stranded patient") Adakah:- 1. Pesakit Terdampar- 2. Pesakit Terlantar- | Pesakit terlantar merujuk keadaan pesakit yang tidak lagi berupaya. Perkataan stranded dalam konteks yang diberikan lebih sesuai diterjemahkan kepada terabai atau terbiar, pesakit terabai atau pesakit terbiar. | Istilah | 05.07.2018 |
Salam. Sy nak taw mcm mn nak hubungi siapa2 yg berkaitan Othman Kelantan? Utk kajian sastera sy, insyaAllah | Waalaikumuslam wbk. Bagi maksud tersebut, sdr bolehlah hubungi waris atau anak Allahyarham S. Othman Kelantan iaitu SM Zakir melalui alamat e-mel: smzakir90@gmail.com atau talian 017-3427991. Selamat berjaya dan wassalam. | Lain-lain | 01.08.2010 |
Mereka datang ke negara kita untuk mencari makan. Ungkapan mencari makan dalam ayat ini memang biasa digunakan. Masalahnya, makan ialah kata kerja. Jadi ayat ini tidak gramatis? | Encik Waris terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Untuk makluman Encik, perkataan mencari makan telah diterima sebagai bahasa kiasan. jadi dalam hal ini tidak timbul lagi soal kata kerja atau sebagainya. Banyak contoh lain yang bolek kita kaitkan selain daripada mencari makan ini. Terima kasih. | Makna | 30.11.2009 |
Saya Khomsah Che-ni, belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, ingin bertanya DBP, perkataan "Warisan" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? serta contoh dalam ayat | "Warisan", kata akar daripada "Waris" yang berasal daripada bahasa Arab. Warisan membawa maksud: 1. harta peninggalan, harta pusaka: <i>Mimi pergi ke Bandung untuk suatu urusan warisan; i>2. sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan: <i>kata jongos merupakan kata warisan kolonial.i> | Makna | 22.09.2014 |
maksud perkataan cakna, pewaris | Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. | Makna | 26.04.2009 |
dalam imbuhan BM, terdapat imbuhan peN-, N yang berhuruf besar itu merujuk kepada apa? -dalam kategori peN, terdapat imbuhan pe-, dalam imbuhan biasa juga terdapat imbuhan pe-, apa beza imbuhan pe- di bawah peN dan pe- sahaja. | Merujuk Tatabahasa Dewan, imbuhan peN...an, 'N' huruf besar kerana mewakili pe, per, peng, peny. Perubahan peN..an menjadi pe..an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ng,r,l,y dan w. Contoh: lari - pelarian, waris - pewarisan, manakala contoh imbuhan pe sahaja: lari - pelari, sara - pesara. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 121-122. | Tatabahasa | 08.04.2010 |