Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waris (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan penama: penerima harta, penerima pusaka, anggota keluarga, darah daging, adik-beradik, sanak saudara, kemanakan,

2. Bersinonim dengan penjaga: pengasuh, penyelenggara, pemelihara,

Kata Terbitan : mewarisi, mewariskan, warisan, pewaris,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan yang dihormati. Saya ingin merujuk kepada tuan/puan samada jawi untuk perkataan-perkataan seperti dalam lampiran adalah betul dan tepat, iaitu : 1) Warisan Persuratan Negara, 2) Hikayat Hang Tuah, 3) Batu Bersurat Terengganu, 4) Surat-surat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, 5) Sejarah Melayu - Sulalatus Salatin. Sekian, Terima Kasih.Betulkan ejaan:

سورت٢ سلطان عبد الحميد حليم شاه 
سلالة السلاطين
Ejaan28.09.2021
Saya Khomsah Che-ni, belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, ingin bertanya DBP, perkataan "Warisan" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? serta contoh dalam ayat"Warisan", kata akar daripada "Waris" yang berasal daripada bahasa Arab. Warisan membawa maksud: 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung untuk suatu urusan warisan; 2. sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata warisan kolonial.Makna22.09.2014
Salam sejahtera tuan, berikut ialah soalan saya. 1) mengambil keputusan betul atau membuat keputusan betul? 2) Adakah ayat Baju-baju itu mahal belaka betul? Jika terdapat kata ganda yang membawa maksud adjektif, tidak boleh muncul dalam satu ayat yang sama? 3) Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan atau Ali tertarik oleh keindahan di Pulau Sipadan? Terdapat jawaban dari khidmat nasihat pada tahun-tahun yang lepas yang menyatakan bahawa kedua-dua tertarik oleh / tertarik dengan adalah betul. 4) Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping. Adakah compang-camping perlu ditukarkan kepada mencolok mata? 5) Rakyat Malaysia perlu menghargai budaya warisan kita. Adakah budaya warisan betul? Apakah perbezaan antara budaya warisan dengan warisan budaya?1Membuat keputusan atau mengambil keputusan, kedua-duanya adalah betul.

2. Ayat Baju-baju itu mahal belaka adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan.

4. Ayat Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping adalah betul. Compang-camping dan mencolok mata mempunyai maksud yang berbeza.

5. Ayat budaya warisan adalah betul. Perbezaan budaya warisan dan warisan budaya adalah seperti yang berikut:

   Warisan Budaya ialah artifak, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan daripada generasi terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang. Manakala Budaya Warisan ialah tamadun, peradaban yang diwarisi oleh sesuatu kaum/etnik terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang.

Tatabahasa02.08.2021
Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya mempunyai soalan berkenaan istilah "kuriositi". Menurut padanan yang terdapat dalam PRPM, curiosity bermaksud sifat ingin tahu. Dalam ruangan istilah bahasa Melayu pula, perkataan tersebut diterjemahkan kepada "keingintahuan" mengikut konteks ayat tertentu. Soalan saya, adakah sesuai jika saya ingin menterjemahkan kedua-dua ayat di bawah kepada: 1) Kuriositi dan Pembelajaran Warisan Melalui Muzium → Keingintahuan dan Pembelajaran Warisan Melalui Muzium 2) Peranan Kuriositi kepada Pendidikan Muzium → Peranan Keingintahuan kepada Pendidikan Muzium 3) Heritage Curiosity → Keingintahuan Warisan Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu  keingintahuan dan ingin tahu  boleh digunakan jika bersesuaian.Penyemakan dan penterjemahan10.07.2020
1.Pangilan Tuan Haji / hajjah dikategorikan kurniaan,warisan atau iktisas? TQVMtuan haji atau hajah boleh dikategorikan sebagai gelaran.Tatabahasa18.09.2011
Saya memerlukan maklumat-maklumat seperti di bawah : 1) Fungsi-fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa. 2) Kepentingan-kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa. 3) Konsep ayat 4) Analisis contoh kesalahan ayat oleh muridUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Saudara dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu,  Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh saudara rujuk.Tatabahasa19.03.2013
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih.Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. Tatabahasa04.05.2020
Mana yang betul 1. Syurga ada di telapak kaki ibu 2. Syurga ada pada telapak kaki ibu Mohon sertakan alasan. Terima kasih.Rangkai kata tersebut merupakan ungkapan yang mempunyai makna kiasan dan merupakan warisan sejak dahulu. Oleh itu, bentuk penulisannya dikekalkan.Lain-lain17.02.2020
Assalamualaikum. Tuan/Puan yang dihormati. Saya memohon pengesahan perkara berikut dalam surat rasmi. Perlukah setiap panggilan hormat ditulis dalam surat? Contoh 1 YBhg. Dato’/YBrs.Tuan, Contoh 2 YBhg. Dato'/Tuan? Contoh yang manakah yang betul? Terima kasih.Waalaikumsalam,

Kedua-dua contoh, iaitu Contoh 1: YBhg. Dato’/YBrs.Tuan, Contoh 2: YBhg. Dato'/Tuan? boleh digunakan, bergantung pada makna gelaran dan individu yang ditujukan seperti yang berikut:
Sapaan YBhg. Dato’ digunakan pada individu yang mempunyai gelaran kehormat dato’/datuk
Sapaan Tuan digunakan pada orang biasa ( lelaki) yang tidak mempunyai gelaran warisan atau kehormat.
Sapaan kehormat YBrs. boleh digunakan bagi pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat
Istilah20.08.2018
maksud kota metropolitan, meningkatkan stamina, menyusuri kaki lima jalan, memori indah, mengecap keindahan, tapak warisan, flora dan fauna, bernostalgia dan kenangan yang terpahat di hati.

Maksud metropolitan ialah 1. berkaitan dengan atau mempunyai ciri metropolis2. terdiri daripada bandar raya dan kawasan pinggir bandar. Kota metropolitan ialah kota yang mempunyai ciri-ciri seperti makna di atas. Stamina bermaksud daya tahan membolehkan sesorang itu bekerja kuat. Meningkatkan stamina bermaksud menambahkan stamina.

Bagi maksud perkataan dan frasa seterusnya sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna07.07.2008
1234

Kembali ke atas