Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.kah] | ورقة

Definisi : Ar 1. surat: senang sungguh hatinya menerima ~ itu; 2. kandungan (isi) surat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.kah] | ورقة

Definisi : 1 surat. 2 isi surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
warkah
Rujuk :surat

Puisi
 

Kain buruk kain cukin,
     Taruh di meja lapik gelas;
Sudah berpucuk warkah dikirim,
     Sudah dibaca mengapa tak dibalas?


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pagot Matrock TUES 23:47 Buku warkah eropah(a samad said) ada tak lagi yg hendak di jual ?Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain07.02.2017
Saya ingin meminta cadangan untuk membuat surat terima kasih kepada Agong sempena lawatan ke kawasan kami.Sila rujuk laman web istananegara.gov.my dan rujuk contoh warkah menjunjung kasih.Lain-lain30.08.2023
Apa maksud novel? berikan senarai genre novel dan maksudnya sekaliNovel secara umum bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali yang membawa erti 'perkhabaran baru'. Antara genre novel ialah novel aliran kesedaran, novel antirealistik, novel aprentis, novel lawan alam, novel kedaerahan, novel gothik, novel masalah, novel peristiwa, novel pikares, novel psikologi, novel propaganda, novel politik, novel realistik, novel resaman, novel romantik, novel sejarah, novel sempurna, novel sensibiliti, novel sosial, novel tesis, novel warkah dan sebagainya.Lain-lain25.08.2009

Kembali ke atas