Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.sap] | واسڤ

Definisi : wap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap, biasanya beracun dan kuat baunya; mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan nyamuk Aedes; pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan tumbuhan itu; pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.sap] | واسڤ

Definisi : asap, wap atau gas yg kuat baunya. berwasap mengeluarkan wasap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wasap


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kebuk wasapfume chamberRuang yang digunakan untuk menjalankan eksperimen yang melibatkan penggunaan atau pembebasan gas beracun. Kebuk ini dipasang dengan alat penyedut udara untuk menyedut gas beracun yang dibebaskan.Menengah Rendah
bronkitisbronchitisRadang yang terjadi pada salur bronkus. Keadaan ini boleh berlaku akibat tersedut habuk atau wasap yang merengsakan atau akibat jangkitan mikroorganisma.Menengah Rendah

Kembali ke atas