Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.sap] | واسڤ

Definisi : wap yg terbebas drpd cecair mudah meruap yg kelihatan spt asap, biasanya beracun dan kuat baunya; mewasapi mengenakan atau menyemburkan wasap pd sesuatu tempat dsb utk membasmi hama, serangga dsb: pihak berkuasa tempatan telah ~ kawasan perumahan itu utk mencegah pembiakan nyamuk Aedes; pewasapan perihal (proses, perbuatan dsb) mewasapi: ~ ini akan membasmi segala serangga perosak yg mungkin terdapat bahan tumbuhan itu; pewasap bahan atau alat yg digunakan utk mewasapi: kaedah ini juga melibatkan pendedahan kpd bahan kimia spt asap dan bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.sap] | واسڤ

Definisi : asap, wap atau gas yg kuat baunya. berwasap mengeluarkan wasap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wasap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zinc poisoningkeracunan zinkKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan wasap zink oksida yang terbebas dalam pengimpalan dan pemotongan zink, dan peleburan aloi zink atau besi tergalvan. Wasap ini menyebabkan demam wasap logam dan merengsakan paru-paru. Keracunan kronik tidak berlaku. Gejala keracunan akut ialah sakit otot, kabur penglihatan, rasa payau dan demam seperti malaria. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah edema pulmonari dan kerosakan pada saluran pernafasan. Had pendedahan ialah 5 �g /L.
exhaust fumewasap ekzosKimiaTiadaWasap yang dibebaskan daripada enjin pembakaran dalaman, dan secara umum mengandungi karbon dioksida, karbon monoksida, oksigen, nitrogen, dan wap air.
fume chamberkebuk wasapKimiaTiadaAlmari yang digunakan untuk melakukan operasi makmal yang membebaskan wasap beracun.
fume cupboardalmari wasapPerubatanTiadaAlmari atau kebuk kaca untuk menjalankan operasi atau uji kaji yang menggunakan bahan wasap di dalam makmal.
fume cupboardalmari wasapKimiaTiadaAlmari atau kebuk kaca untuk menjalankan operasi atau uji kaji yang menggunakan bahan wasap di dalam makmal.
fumeswasapKimiaTiadaZarah pepejal atau cecair yang mempunyai saiz kurang daripada satu mikrometer dan berkemeruapan rendah, yang terampai di dalam gas. Wasap terjadi daripada kondensasi wap atau daripada tindak balas kimia.
fume hoodserombong wasapKimiaTiadaSistem pengalihan udara makmal yang terdiri daripada syaf atau serombong yang disambungkan kepada kanopi logam atau kaca, yang direka bentuk untuk membawa keluar wasap.
cadmium poisoningkeracunan kadmiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kadmium atau makanan yang disimpan dalam bekas kadmium, atau penyedutan wasap kadmium daripada pengimpalan, peleburan atau proses industri lain. Had pendedahan terhadap debu kadmium atau wasap kadmium oksida ialah 0.05 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, sakit otot, peliuran, sakit abdomen, kejutan, kerosakan hati dan kegagalan ginjal. Penyedutan wasap kadmium pula mengakibatkan mulut terasa payau, sesak nafas, sakit dada, batuk berserta kahak berbuih atau berdarah, lemah dan sakit pada kaki. Keracunan kronik akibat penyedutan mengakibatkan hilang deria bau, batuk, dispnea, hilang berat badan, anemia, kerengsaan, dan gigi berkaral. Penemuan patologi dalam kes maut akibat pengingesan ialah inflamasi gastrousus yang teruk dan kerosakan hati serta buah pinggang. Penemuan patologi dalam kes keracunan akut akibat penyedutan pula ialah inflamasi epitelium pulmonari dan edema pulmonari.
vanadium poisoningkeracunan vanadiumKimiaForensikKeracunan akibat penyerapan wasap atau debu logam vanadium. Istilah lain ialah vanadiumisme. Gejalanya termasuk ekzema, konjunktivitis, lidah hijau, anemia, rinorea, pneumonitis, dan kerengsaan kerongkong dan paru-paru. Had pendedahan ialah 0.05 �g/L bagi wasap dan 0.5 �g /L bagi debu.
zinc chloride poisoningkeracunan zink kloridaKimiaForensikKeracunan akibat penyedutan wasap zink klorida, iaitu garam zink terlarut yang terdapat dalam deodoran dan bahan disinfektan dan pengawetan mayat. Wasapnya merengsakan paru-paru. Keracunan kronik tidak berlaku. Tanda utama keracunan akut ialah sakit otot dan demam. Penyedutan wasap menyebabkan edema pulmonari dengan sianosis dan dispnea. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah edema pulmonari dan kerosakan pada saluran pernafasan. Had pendedahan ialah 1 �g /L.
12345

Kembali ke atas