Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.siat] | وصيت

Definisi : kehendak yg penghabisan yg di­sampaikan oleh orang yg hampir meninggal (bkn harta benda dll), pesan yg terakhir: aku telah satukan kamu semua dgn seberapa daya yg boleh spt ~ ibu engkau itu; surat ~ surat yg menyatakan kehendak orang yg meninggal; berwasiat membuat wasiat, berpesan: dia ~ kalau dia mati segala hartanya diberikan kpd isteri dan ibunya; Khalifah Abu bakar telah ~ kpd Usamah dan tenteranya; mewasiatkan memberi wasiat, menentukan orang sbg waris, mewariskan: maksud hamba yg kedua ialah hendak ~ sekalian harta; pewasiat orang yg membuat (meninggalkan) wasiat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.siat] | وصيت

Definisi : 1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.siat] | وصيت

Definisi : Id; Kitab W~ Baru (Lama) Kitab Perjanjian Baru (Lama) dlm agama Kristian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.siat] | وصيت

Definisi : pesanan terakhir yg diucapkan atau yg telah ditulis oleh orang yg hampir meninggal dunia: surat ~ surat yg menyatakan pesanan orang yg meninggal. berwasiat berpesan atau membuat wasiat: Beliau ~ supaya sepertiga drpd hartanya diturunkan kpd cucunya. mewasiatkan memberi pesanan atau wasiat bkn dgn sesuatu: Beliau ~ sebahagian hartanya kpd yayasan kebajikan itu. pewasiat orang yg mewasiatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[wa.siat] | وصيت

Definisi : pusaka: keris ~ keris pusaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wasiat (kata nama)
Bersinonim dengan pesanan terakhir, amanat, petaruh, weling;,
Kata Terbitan : berwasiat, mewasiatkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"will writing and estate planning " can l tranlate in bahasa in this way - perunding wasiat dan perancangan estet / perunding wasiat dan perancangan harta pusakaTerjemahan yang betul ialah "penulisan wasiat dan perancangan harta pusaka.Penyemakan dan penterjemahan03.08.2007
Wasiat Terakhir Tunku Pesanan TunkuWasiat Tunku Pesanan Terakhir TunkuTatabahasa12.11.2008
Menurut wasiat Encik Wong, rumahnya dan semua perabot yang berada di dalamnya adalah / ialah kepunyaan anak sulungnya. Dalam ayat di atas, adakah "ialah" atau "adalah" lebih sesuai?Dalam ayat contoh yang saudara berikan, perkataan "ialah" lebih sesuai. 

"Menurut wasiat Encik Wong, rumahnya dan semua perabot yang berada di dalamnya ialah kepunyaan anak sulungnya."

Hal ini kerana kata "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama manakala kata "adalah' digunakan di hadapan kata sendi atau kata adjektif.  Perkataan yang mengikuti "ialah" dalam ayat ini ialah "kepunyaan", iaitu bentuk kata nama terbitan.
Tatabahasa25.02.2014
Ayat: Satu daripada wasiat Raja-raja Melayu ialah mendaulatkan bahasa Melayu. Raja-raja Melayu atau raja-raja Melayu (nama am, kedua-dua r huruf kecil) atau raja Melayu (nama am, r huruf kecil) atau Raja Melayu (nama khas?) atau ada yang lain?

Ejaan yang betul ialah wasiat Raja-raja Melayu, tidak seperti Majlis Raja-Raja Melayu iaitu sebuah badan/pertubuhan khas.

Ejaan29.12.2009
adakah wujud perkataan ataupun istilah suratcara? sekiranya ada, apakah maksud atau boleh bagi contoh penggunaan ayatSurat cara bermaksud dokumen undang-undang seperti geran, kontrak, dan lain-lain.
Contoh: Orang yang menandatangani surat cara undang-undang, contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan saksi.
Lain-lain28.04.2021

Kembali ke atas