Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[was.sa.lam] | والسلام

Definisi : Ar 1. selamatlah, sejahteralah; 2. hormat dan takzim drpd (biasanya pd penutup surat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[was.sa.lam] | والسلام

Definisi : hormat dan takzim drpd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wassalam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di akhir berdoa kita membaca perkataan " Wassah bihi Wassalam" ada yang baca " wassah bihi WASSALIM" yang mana belum Wassalam atau Wassalim.Kedua-duanya betul.Lain-lain20.07.2010
telework (perlu terjemahan) wassalam, terima kasih kerana membantu.Untuk makluman, dalam pangkalan data DBP, tidak terdapat terjemahan langsung bagi perkataan “Telework”. Akan tetapi, jika dilihat daripada konsep, "Telework" merupakan sinonim bagi telekerja, yang merujuk kepada satu aturan kerja atau cara bekerja, di mana seorang pekerja membuat kerja di luar tapak, atau berlainan daripada tugas hakiki.Penyemakan dan penterjemahan12.11.2015
Assalamulaikum Tuan, Minta tolong carikan maksud kendaraWassalam,

Kendera bermaksud; berkenderaan iaitu menaiki sesuatu jenis kenaikanan (seperti motokar dan lain-lain), menunggang kuda (gajah dan lain-lain); Pengendera 1. orang yang menaiki atau menggunakan kenderaan.
Makna25.10.2016
Assalamualaikum Boleh tak perkataan modal insan digunakan dalam penulisan tesis?. WassalamModal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Perkataan modal insan boleh digunakan dalam bahasa Melayu.Istilah11.11.2016
Salam, Apakah istilah yang sesuai untuk 'malim gunung'? Terima kasih.Wassalam,

Tuan/Puan,

Istilah tersebut telah mantap digunakan dan dari segi tatabahasa juga betul. Salah satu maksud malim ialah petunjuk jalan, malim gunung pula boleh dirujuk sebagai petunjuk jalan gunung.
Istilah10.02.2016
Saya Ahmad ingin bertanya bab tatabahasa apakah vokal akhir terima kasih wassalamVokal akhir ialah vocal yang berada pada kedudukan akhir dalam sesuatu perkataan yang mempunyai suku kata terbuka seperti saya, api dan teko.Tatabahasa30.09.2015
Assalamualaikum. Mohon khidmat tuan untuk istilah berikut: "Reverse Parking" Terima kasih. Wassalam.Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur.Istilah04.09.2012
Saya Abdul Rahman, ingin bertanya apakah Kata majmuk dan Sintaksis. Terima kasih wassalam.Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Manakala,
Sintaksis bermaksud pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat.
Makna30.09.2015
Puan/Tuan, bagaimanakah cara untuk menterjemah "jailbroken and rooted devices"? Terima kasih.Wassalam,
 
 Untuk pengetahuan tuan/puan, istilah tersebut masih belum ada lagi dalam data kami. Mohon pihak tuan/puan majukan persoalan ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi berkenaan istilah-istilah baharu.
 
 Tuan/puan boleh menghubungi:
 
 Puan Hendun binti Ibrahim,
 03-2147 9155
 hendun@dbp.gov.my
Makna28.07.2017
Assalamualaikum. Boleh berikan padanan bagi perkataan "Roll Cage"? (kejuruteraan Automobil) Terima kasih.Wassalam,

Untuk pengetahuan tuan/puan, istilah tersebut masih belum ada lagi dalam data kami. Mohon pihak tuan majukan persoalan ini kepada Bahagian Peristilah dan Leksikolgi berkenaan istilah-istilah baharu.

Tuan/puan boleh menghubungi:

Puan Hendun binti Ibrahim,
03-2147 9155
hendun@dbp.gov.my

Penyemakan dan penterjemahan03.05.2017
12345678910...

Kembali ke atas