Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (sese­orang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhan­nya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentuk­an watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mempengaruhi tingkah lakunya atau fikirannya. 2 tokoh dlm sesuatu cerita atau novel. berwatak berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. berwatakkan mempunyai sesuatu watak: Lakonannya yg ~ pendakwah sungguh berkesan. perwatakan perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Watak-watak dalam "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan"Ramli IsinDewan Sastera1 November 2000
Antara watak-watak dan tumpuan ceritaAjikikDewan Siswa1 February 1985
Konflik kebatinan watak-watak dalam "Patah Tumbuh"Ilias ZaidiDewan Sastra15 October 1977
Keazaman dalam watak-watak Shahnon AhmadMetzger, LaurentDewan Sastra15 October 1976
Saga: analisa psikologi watak-watakOthman PutehDewan Sastra15 May 1977
Watak Utama dan Citra Masyarakat Drama "Memburu Bulan Sabit"Awang AbdullahDewan Sastera1 August 2002
Watak wira dalam filem tempatanNorman YusoffDewan Masyarakat1 March 2007
Watak Tun Seri Lanang dan gaya bahasa drama Tun Seri LanangAwang AbdullahTunas Cipta1 April 2006
Watak Mak Cik dan Mak Tiri dalam "Cetera Hiburan Hari Raya Aidilfitri"Hassan Baseri BudimanDewan Sastera1 December 2002
Watak dan Perwatakan dalam "Raden Panji Dewa Mengembara"Mohd. Kasim MahmudDewan Sastera1 June 2001
12345678910...

Kembali ke atas