Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata watikah;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah sama maksud antara watikah dengan pelantikan. Contoh, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas ATAU Majlis Penyerahan Watikah Pengawas. Terima kasih."Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang), manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas.Makna21.02.2017
Boleh tuan bezakan antara "watikah" dan "pelantikan"? Bolehkah saya gunakan perkataan watikah pelantikan pengawas?. Terima kasih."Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang, manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas.Makna12.02.2014
Mohon semakan ejaan yang betul sama ada pewatikahan atau perwatikahan bagi kata dasar watikah. Contoh dalam majlis pewatikahan atau perwatikahan?Perkataan pewatikahan atau perwatikahan tidak wujud dalam data kami. Yang ada ialah watikah sahaja. Perkataan lain yang sesuai ialah penganugerahan atau pemberian ijazah. Contohnya, Majlis Penerimaan Watikah. Ejaan04.09.2018
Saya ingin tahu bagaimana untuk mengenal pasti seseorang individu atau pengamal bahasa itu munsyi dewan. Sekian. Kay Seven

Salam sejahtera, 

 

Mengenal Pasti Munsyi Dewan

 

Merujuk perkara di atas, sehingga tahun 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik dan mengiktiraf lebih 200 orang Munsyi Dewan seluruh Malaysia mengikut 6 zon (tengah,selatan,timur,utara, sabah dan sarawak) yang terdiri daripada Munsyi Dewan (Bahasa), Munsyi Dewan (Sastera) dan Munsyi Dewan (Jawi).

 

Setiap Munsyi Dewan akan menerima:

1. Watikah Pelantikan sebagai Munsyi Dewan dan

2. Kad Munsyi Dewan seperti di lampiran sebagai pengenalan diri (munsyi)

 

(pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sedang dalam proses mengemas kini maklumat dan mengeluarkan kad baharu untuk Munsyi Dewan seluruh Malaysia)

Pembinaan Bakat01.03.2013

Kembali ke atas