Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wat] | وات

Definisi : (Fiz) unit ukuran kuasa elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wat] | وات

Definisi : /wat/ satuan yg digunakan utk mengukur tenaga atau kuasa elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata watt


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Chit Watt Ooo...maknanya kalau Johor ia Dewan Bandar Raya Johor Bahru. Oppss..silap. Majlis Bandar Raya Johor Bahru. So salah ke ejaan selama ini? 1994 Itu tahun JB jadi Bandar Raya. Sebelum itu perbandaranEjaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebelum tahun 1972. Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya. Walau bagaimanapun terdapat juga penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama.Ejaan11.08.2014
Chit Watt Aug 8th, 6:52pm Oh, begitu. Terima kasih atas penjelasan. Adakah ini maksudnya ejaan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepatutnya Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur , betul kah? Saya cuma nak faham secara jelas kekeliruan yang dihadapi selama ini. Sistem ejaan baru telah wujud sejak 1972 namun sepanjang hayat hidup saya, asyik terkeliru apabila orang tegur ejaan dari sama ada ke samada lepas tu sama ada kembali. Sama juga dengan ejaan ibu bapa. Memang selalu terkeliru. Kementerian pelajaran dan para guru juga tidak jelas mungkin berkenaan hal ini. Ini saya baru saja tahu.Untuk pengetahuan tuan, ejaan bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah ejaan lama kerana DBKL digazetkan sebelum tahun 1970. Mana-mana yang digazetkan selepas 1970, ejaan tersebut ditulis dalam dua perkataan. Harap maklum.Ejaan08.08.2014
Chit Watt Aug 5th, 7:39pm Tolonglah...kalau betul2 nak memperkasakan BM tue, janganlah asyik ubah2 ejaannya. Memalukan. Bahasa lain tak pun ubah ejaannya walaupun berbunyi pelik. BM skrg nie apa pun sy tak pasti dah . Bahasa Malaysia? Bahasa Melayu? Yang mana satu entah dah. Cikgu pun dah pening. Buat Ujian sekejap pensil, sekejap pensel...aduhai...Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. Tidak ada perubahan ejaan yang dibuat selepas adanya sistem tersebut, apa yang berlaku berkemungkinan disebabkan oleh ketidaksedaran/ketidakprihatinan pengguna terhadap sistem ejaan yang ada. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain05.08.2014
Reaksi DBP ttg persoalan - Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Aug 13th, 6:33pm Ejaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebelum tahun 1972. Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya. Walau bagaimanapun terdapat juga penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama. Terima kasih Soalan lanjutan : Chit Watt Aug 13th, 6:46pm Ya. Maka dari contoh Johor Bahru, ia telah menggunakan ejaan yang salah, benar? Kalau ya, ia harus dibetulkan untuk elak kekeliruan yang berpanjangan dan berterusan.Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.Ejaan15.08.2014

Kembali ke atas