Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wat] | وات

Definisi : (Fiz) unit ukuran kuasa elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wat] | وات

Definisi : /wat/ satuan yg digunakan utk mengukur tenaga atau kuasa elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata watt


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METER WATT

Meter watt ialah alat yang digunakan untuk

mengukur kuasa elektrik. Jenis meter watt yang

paling biasa digunakan dikenali sebagai meter

watt elektrodinamik . Meter watt elektrodinamik

ini mempunyai dua gegelung dawai. Satu

gegelung tetap disusun untuk menerima arus

daripada litar yang hendak diukur. Satu gegelung

boleh bergerak , yang disokong oleh paksi yang

bertatah manikam yang membolehkannya

berputar, disusun untuk menerima arus yang

berkadaran dengan voltan pada litar yang hendak

diukur.

UMUM 
WATT, JAMESJurutera mekanikal dan pereka cipta berbangsa Scotland.FIZIKTokoh
METER ELEKTRIK

Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus

elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan

meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam,

amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh

pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam.

Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan

selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam

elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik

menyambungkan meter kepada talian yang

membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter

dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat

berdasarkan bacaan ini.

UMUM 
MURDOCK, WILLIAM

Murdock, William (1754–1839), pereka cipta

Scotland yang membuat beberapa pembaikan

penting enjin kuasa stim dan juga menjumpai cara

mendapatkan gas daripada batu arang. Dia turut

mencipta simen-besi. Dia digaji oleh Matthew

Boulton dan James Watt untuk memasang enjin

pam ke lombong Cornish (lihat Boulton, Matthew;

Watt, James). Pada tahun 1785, dia mencipta

dengan jayanya sebuah model enjin untuk menarik

kereta kuda. Dia memasang lampu menggunakan

gas di rumahnya di Redruth. Pada tahun 1802, dia

memasang gas di bengkel majikannya. Dia

menyedari bahawa jet gas lebih terang apabila gas

itu dipecahkan kepada beberapa jet kecil.

Penggunaan gas untuk lampu jalan raya telah

dimajukan secara persendirian oleh Murdock, dan

banyak pengusaha syarikat menuduh bahawa dia

mencuri idea daripada mereka. Murdock

dipercayai mencipta alat untuk membuat

pengaturan gear matahari dan planet untuk

mendapatkan pergerakan putaran daripada enjin-rasuk.

Ciptaan ini membolehkan binaan enjin kuasa

wap memutarkan roda. Murdock lahir di

Auchinlek, di daerah Strathclyde, Scotland.

UMUM 
BOULTON, MATTHEW

Boulton, Matthew (1728–1809) ialah

jurutera British. Bersama-sama James Watt, dia

menubuhkan firma kejuruteraan Boulton and Watt.

UMUM 
KILOWATT

Kilowatt ialah unit kuasa elektrik. Simbolnya

ialah kW. Ia digunakan di semua negara, termasuk

negara yang biasanya tidak menggunakan sistem

metrik. Satu kilowatt bersamaan 1000 watt, atau

1.34 kuasa kuda.

UMUM 
KUASA KUDA

Kuasa kuda ialah unit yang digunakan untuk

menyatakan kuasa (kadar melakukan kerja) sesuatu

enjin dalam sistem ukuran imperial. Istilah kuasa

kuda mula digunakan oleh jurutera Scotland,

James Watt.

UMUM 
NEWCOMEN, THOMAS

Newcomen, Thomas (1663–1729) ialah pereka

Inggeris, yang mencipta enjin stim yang pertama

secara komersial dengan jayanya pada tahun 1712.

Enjin stimnya digunakan dengan meluas di Eropah

dan di seluruh wilayah perlombongan batu arang

Great Britain untuk mengeluarkan air dari

lombong. Enjin stim ini terus popular selama lebih

daripada 60 tahun sehingga jurutera Scotland,

James Watt menghasilkan enjin stim yang telah

banyak diperbaik.

UMUM 

Kembali ke atas