Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wau] | واو

Definisi : layang-layang yg dibuat drpd kertas dan buluh: ~ bulan; ~ kapal; ~ kemetek; bagai ~ putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib; laksana ~ melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak mungkin terkerjakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : sr utk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok: ~, besarnya ikan ini! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : mainan yg dibuat drpd kertas dan buluh dan dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; layang-layang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wau

Puisi
 

Dari Acheh belayar ke Kedah,
     Beli kurau dengan senangin;
Orang berkasih bukan mudah,
     Umpama wau mencari angin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai wau putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cara ejaan yang betul bagi wau bulan atau wau Bulan?Ejaan yang betul ialah wau bulan.  Ejaan04.03.2020
Penjodoh bilangan bagi layang-layang atau wauSebuah wau atau layang-layang.Tatabahasa22.02.2007
Salam, manakah yang lebih betul? Alasannya? 1. Tolong ajar saya cara membuat wau. 2. Tolong ajarkan saya cara membuat wau. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Tolong ajarkan saya cara-cara membuat wau".Tatabahasa12.03.2014
Bahagian dada wau melambangkan "nusaratang" iaitu, merangkumi Semenanjung Indonesia, Thailand dan Burma. Adakah betul cara penggunaan tanda petik tersebut?Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusaratang" adalah betul.Ejaan04.03.2020
Wau itu ____ ke dalam sungai setelah talinya tertputus. [ ] terjunam [ ] terjatuh. Kenapa skema jawapan adalah terjatuh, bukan terjunamPerkataan "terjunam" merujuk kepada menjunam dengan kepala dahulu menghala ke bawah. Kalau sekadar wau atau layang-layang perkataan yang sesuai terjatuh.Tatabahasa21.08.2015
Amir terlalu asyik melibat wau yang sedang ..... di udara. jawapan ialah terlayang-layang atau terolang-aling atau?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang terlayang-layang di udara.Tatabahasa08.07.2013
Nak cari buku yang berkaitan dengan wau.

Mohon sdr. merujuk buku ini:

WauMaznan Noordin

 

Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)

 

1992
Lain-lain15.03.2008
Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain10.10.2012
Salam sejahtera. Di sini saya inginkan mendapatkan kepastian adakah 'bau', 'kau' dan 'wau' termasuk dalam suku kata gabungan diftong au? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih.Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yg disebut dlm satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah spt ai, au, dan oi. Maka, kau dan wau ialah diftong. Manakala, bau pula ialah vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing.Tatabahasa26.03.2014
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya.Tatabahasa30.07.2012
12

Kembali ke atas