Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wau] | واو

Definisi : layang-layang yg dibuat drpd kertas dan buluh: ~ bulan; ~ kapal; ~ kemetek; bagai ~ putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib; laksana ~ melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak mungkin terkerjakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : sr utk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok: ~, besarnya ikan ini! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : mainan yg dibuat drpd kertas dan buluh dan dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; layang-layang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wau

Puisi
 

Dari Acheh belayar ke Kedah,
     Beli kurau dengan senangin;
Orang berkasih bukan mudah,
     Umpama wau mencari angin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai wau putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WAU

WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali.  Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh.  Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju.  Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah.  Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan.

BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI

DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi.

            Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian.

 

BAHASAKarya

Kembali ke atas