Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wau] | واو

Definisi : layang-layang yg dibuat drpd kertas dan buluh: ~ bulan; ~ kapal; ~ kemetek; bagai ~ putus teraju prb putus harapan dan berserah kpd nasib; laksana ~ melawan angin prb membuat pekerjaan yg tidak mungkin terkerjakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-30 abjad Jawi; tahun ~ tahun yg ketujuh dlm satu windu: pd tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : sr utk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok: ~, besarnya ikan ini! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wau] | واو

Definisi : mainan yg dibuat drpd kertas dan buluh dan dpt diterbangkan ke udara dgn menggunakan tali; layang-layang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wau

Puisi
 

Dari Acheh belayar ke Kedah,
     Beli kurau dengan senangin;
Orang berkasih bukan mudah,
     Umpama wau mencari angin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai wau putus teraju.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wau kangkangwau kangkangKesenianTiadaWau yang menyerupai lembaga manusia yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini dikenali dengan wau kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk daun budi.
wau orangwau orangKesenianTiadaWau yang menyerupai lembaga manusia yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini dikenali dengan wau kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk daun budi.
wau daunwau daunKesenianTiadaWau yang menyerupai wau bulan tetapi tidak mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang panjang dan dapat diterbangkan oleh angin sederhana kerana ringan dan berasal dari Siam atau Patani. wau barat
wau jala budi (Kd.)wau jala budi (Kd.)KesenianTiadaWau yang menyerupai lembaga manusia yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini dikenali dengan wau kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk daun budi.
wau baratwau baratKesenianTiadaWau yang menyerupai Wau bulan tetapi tidak mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang panjang dan dapat diterbangkan oleh angin sederhana kerana ringan dan berasal dari Siam atau Patani.
wau tradisi negeriwau tradisi negeriKesenianTiada, wau kemetek atau wau labi.
wauwauKesenianTiada1. Alat permainan daripada kertas atau gentian atau kain, berangka daripada buluh atau gentian, berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju, terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan nama serta diterbangkan dengan bantuan angin. Dikenali juga dengan nama layang-layang terutama di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.
wau kapalwau kapalKesenianTiadaWau yang bahagian ekornya berbentuk kapal laut atau kapal layar dan berasal dari Selangor.
wau bulanwau bulanKesenianTiadaWau yang bahagian ekornya menyerupai bulan sabit atau tanduk dan mengandungi bulan penuh di bahagian labu iaitu di antara bulan sabit dengan sayapnya.
wau cedukwau cedukKesenianTiadawau tanpa tulang.
123456789

Kembali ke atas