Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Gedek ditulis dengan huruf besar atau kecil? Contoh ayat: Pada masa dahulu, dram gedumbak ini juga digunakan dalam ensembel Wayang Kulit Gedek di negeri Kedah. | Wayang Kulit Kelantan dan Wayang Kulit Gedek perlu ditulis dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan nama khas. | Ejaan | 15.05.2024 |
saya pelajar kelas dasar university fatoni ingan tanten tatabahsa wayang tetimakasih | Perkataan "wayang" bersinonim atau mempunyai makna yang sama dengan "pertunjukan, persembahan, filem, tayangan ,pementasan, dll." | Istilah | 07.04.2015 |
Saya pelajar kelas dasar Universiti Fatoni ingin tanya tentang Tatabahasa Wayang Tetimakasih. | "Wayang" bersinonim atau mempunyai makna yang sama dengan pertunjukan, persembahan, pementasan, filem dll." | Istilah | 07.04.2015 |
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih. | Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya. | Lain-lain | 29.12.2010 |
Saudara, Bolehkah saudara memberitahu Maklumat yang SAH tentang wayang kulie? Atau pun sebarang website yang sah? Kini saya sedang belajar di University di Taiwan, dan diminta membuat satu Assignment tentang wayang kulit di Malaysia. Tetapi, saya tidak dapat maklumat yang sah daripada sebarang web walaupun puas mencarinya. Harap saudara dapat menolong dalam persoalan ini. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Wayang kulit : warisan teater Melayu oleh Ainu Sham Ramli terbitan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1996. 2. salampantaitimur.com/index.php?tag=melayu 3.www.kakiseni.com/articles/people/MDIxOQ.html . 4.www.ask.edu.my/BM/ak_course_wt_dtl.asp | Lain-lain | 20.11.2007 |
Benarkah perkataan 'pawagam' ialah akronim bagi panggung wayang gambar'? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat "pawagam" ialah akronim bagi panggung wayang gambar. | Istilah | 02.10.2015 |
Apakah wujud perbezaan "panggung teater", "panggung wayang" dan "pawagam"? Sekiranya wujud, apakah frasa yang sesuai digunakan bagi maksud yang sama dalam sesebuah penulisan ilmiah. | Istilah "panggung wayang" dan "pawagam" merujuk kepada maksud yang sama. Manakalah, istilah "panggung teater" pula merujuk kepada tempat pementasan persembahan teater. | Lain-lain | 25.09.2019 |
Salam sejahtera. Apakah padanan yang paling tepat untuk perkataan "menyingkap"? e.g. Wayang tersebut singkap kegemilangan pawagam di Geylang zaman 50-an | Perkataan “menyingkap” dalam ayat “Wayang tersebut menyingkap zaman kegemilangan pawagam di Geylang pada tahun 50-an”, betul. | Tatabahasa | 25.08.2022 |
Penonton berasak untuk membeli tiket wayang. Ada apa-apa kesalahan ? | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 29.07.2013 |
apakah perbezaan antara pertunjukan dan persembahan ? | Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim. | Lain-lain | 10.05.2016 |