Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
wayang (kata nama)
1. Bersinonim dengan pertunjukan: persembahan, filem, tayangan, pementasan, permainan, setambul, tonil, rakat, hidangan,

2. Bersinonim dengan patung: kudu, arca, boneka, anak-anakan, ungti, orang-orangan, gambar golek,

Kata Terbitan : mewayangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wayangwayangKesusasteraanTiada1. Wayang berasal dari kata bayang.
wayang kulit Melayuwayang kulit MelayuMuzikTiada

Teater wayang kulit klasik yang dinaungi oleh golongan istana di Patani, Kelantan dan Kedah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Wayang kulit Melayu dipengaruhi wayang kulit purwa Indonesia. Ceritanya berasaskan epik Mahabharata dan corak patungnya mengikut gaya Jawa. Teater klasik ini diiringi en­sembel yang menggabungkan alat muzik Melayu dan Jawa seperti rebab, tetawak, mong, enam pasang atau lebih canang, kesi dan gendang. Sinonim wayang Jawa.

1.7pt;margin-bottom:0cm; margin-left:17.75pt;margin-bottom:.0001pt;text-align:justify;line-height:12.95pt; mso-line-height-rule:exactly;background:white">

aspect rationisbah aspekKomunikasiTiada1. Nisbah standard pemidang wayang gambar. 2. Pembahagian bidang sukatan pada skrin televisyen. Bidang sukatan bagi semua gambar televisyen diukur pada nisbah 3:4. Nisbah aspek bagi kebanyakan tiub pancaran katod pada televisyen ialah 4:5. 3. Ukuran luas sesuatu filem yang ditentukan oleh kepanjangan dan kelebarannya di layar panggung.
awak-awakawak-awakKesenianDrama dan Teater1. Pengiring yang berperanan sebagai korus dalam persembahan dikir barat. Lihat jugakorus. 2. Pemuzik dalam ensembel muzik wayang kulit.
canangcanangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik 1.0pt">ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimain­kan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga sanang.

academy leaderpandu akademiKomunikasiTiadaBahagian terawal pada jalur filem yang memandu gelung filem ketika filem digulung atau diputarkan. Pada bahagian atas jalur filem ini tercatat nombor kiraan dari bilangan 2 hingga 10. Jarak putaran antara satu nombor dengan nombor yang berikutnya ialah 1 saat. Format ini telah ditentukan oleh pihak Akademi Wayang Gambar, Seni dan Sains. bd. ekor filem.
pathetpathetMuzikTiada

 Mod dalam skel pelog dan slendro bagi muzik gamelan Jawa yang mengandungi formula melodi, pic yang ditekankan dan kontur melodi tertentu. Contoh formula melodi dalam skel pelog pathet lima ialah 5421 atau 5321, sementara pic yang ditekankan ialah 1 dan 5. Formula melodi pelog pathet nem ialah 2165, sementara pic yang ditekankan pula ialah 2 dan 5. Formula melodi pelog pathet barang ialah 3276, pic 6 dan 2 ditekankan. Formula melodi slendro pathet nem ialah 6532, pic 2 ditekankan. Bagi slendro pathet sanga, formu­la melodinya ialah 2165, dan pic 5 ditekankan. Sementara formula melodi slendro pathet manyura ialah 3216 dan pic 6 ditekankan. Setiap pathet dikaitkan dengan suasana atau perasaan dan digunakan pada waktu persembahan wayang kulit yang berlainan. Sinonim patet. Lihat juga pelog, slen­dro.


Kembali ke atas