Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wi.la.yah] | ولايه

Definisi : Ar jajahan, daerah, kawasan, negeri, provinsi: ~ Jawa Barat; ~-~ Afrika Tengah; hak ~ Id hak utk menguasai tanah dll (tetapi tidak memiliki); kewilayahan sifat yg mementingkan wilayah atau daerah sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wi.la.yah] | ولايه

Definisi : kawasan di bawah sesuatu pemerintahan; daerah: ~ Kalimantan Selatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wilayah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan jajahan, daerah, mukim, kawasan, tanah, zon, lingkungan, negeri, dar, alam, mandala, luak, luruh, provinsi.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "regional referendum"? Konteks berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih.Terjemahan bagi "regional referendum" ialah pungutan suara wilayah. Wilayah merujuk kepada negeri, kawasan yang dibuat sempadan zon seperti zon utara, zon selatan, zon timur dan zon barat, atau daerah.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "province"? Adakah "wilayah"/"daerah" sesuai digunakan? Konteks berkaitan dengan politik (undi) dan digunakan untuk menghubungi wakil dilantik. Contoh ayat: contact province or call province. Terima kasih.
"Province" bermaksud wilayah. Wilayah merujuk kepada negeri, kawasan yang dibuat sempadan zon seperti zon utara, zon selatan, zon timur dan zon barat, atau daerah. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, boleh diterjemahkan kepada "menghubungi wakil wilayah".

Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia?

Salam sejahtera,

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud
daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan 'negeri' sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075. 

    Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah 
wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Wilayah Persekutuan">Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

    Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wiayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah 'negeri'

Lain-lain01.12.2012
saya feurt nutbiny saya belajar bahasa melayu saya ingin bertanya tentang apakah makna wilayah.Wilayah bermaksud kawasan di bawah sesuatu pemerintahan; daerah.Makna11.11.2015
Ayat yang mana betul . "Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) " Atau "Majlis serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Kepada Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP)"Ayat yang betul ialah Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Tatabahasa03.03.2009
Saya Mariyam Kahong berasal dari Wilayah Songkhla sedang belajar di Pusat bahasa Melayu dasar, di Univesiti Fathani, Thailand, ingin betanya DBP: Apakah terdapat buku sejarah Wilayah Songkhla Thailand, terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Wilayah Songkhla, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand.Lain-lain05.11.2013
KILANG PEMPROSESAN MAKANAN DAN MINUMAN1. Betulkan kepada KILANG MAKANAN DAN MINUMAM.

2. Untuk pengesahan iklan sila daftar  iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak.
Lain-lain22.01.2018
tukarkan perkataan rumi ke jawi PASAR WILAYAH AYER MOLEKPASAR WILAYAH AYER MOLEK - ڤاسر ولايه اءير موليقEjaan30.09.2015
saya Nuriyah berasal dari wilayah Krabi, Thailand sedang belajar di Pusat bahasa Melayu basar, Univesiti Fathani, Thailand,ingin betanya DBP:Apakah terdapat buku tentang wilayah Krabi yang diterbirkan oleh DBP.Terima kasih.Untuk makluman tuan, buku yang tuan maksudkan tiada dalam rujukan kami.Lain-lain05.11.2013
mahu tahu aktiviti dpb wilayah utara sepanjang tahun ini atau sekurang-kurangnya 3 bulan pertama tahun iniSaya cadangkan sdr. menghubungi terus Pegawai di Pejabat DBP Wilayah Utara di talian 04-5377241/04-5377242 dan 04-5377243 atau emel arshad@dbp.gov.my/ kriyah@dbp.gov.my.Lain-lain18.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas