Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wi.sél] | ويسيل

Definisi : (wisél) sj alat berupa tiub kecil dsb yg mengeluarkan bunyi siulan yg nyaring apabila ditiup: sebaik-baik ~ berbunyi mengisyaratkan kereta api itu akan bertolak, Ramlan dgn segera turun mencium tangan ibu bapanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wi.sél] | ويسيل

Definisi : /wisél/ alat yg dpt berbunyi apabila ditiup; peluit: ~ pun berbunyi sbg tanda bahawa permainan sudah tamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wisel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OKARINA

Okarina ialah alat tiup permainan kecil jenis

wisel. Ia diperbuat daripada tanah liat yang

dibentuk dengan acuan atau plastik, dan

berbentuk seperti telur angsa. Namanya diperoleh

daripada bentuk perkataan dalam bahasa Itali

bermakna angsa. Okarina mempunyai mouth

piece , dan melaluinya, pemain akan menggetarkan

pernafasannya dalam ruang okarina ini. Okarina

mempunyai lapan lubang hingga 10 lubang bagi

membolehkan pemain bermain skala yang mudah.

Tonnya lembut dan merdu. Donati, seorang Itali,

mencipta okarina pada tahun 1860-an, tetapi alat

berbentuk seperti okarina telah ditemui pada

zaman China purba.

UMUM 
KESAN DOPPLER

Kesan Doppler ialah perubahan frekuensi

gelombang bunyi, cahaya atau radio yang

disebabkan oleh gerakan relatif sumber

gelombang dan pemerhatinya. Contohnya, pic

(frekuensi) wisel kereta api kelihatan lebih tinggi

semasa ia datang dan lebih rendah selepas lalu dan

mula beredar. Nada sebenar wisel kereta api itu

adalah tetap.

UMUM 

Kembali ke atas