Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl, Pr; mengewit mengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
witwitKesusasteraanTiadaCiri ujaran yang bersifat padat, pantas, dan disusun untuk melahirkan humor dan kesan komik secara mengejut. Kejutan disebabkan oleh kepincangan antara perkataan dengan konsep yang diujarkan di luar jangkaan khalayak, justeru menghasilkan jenaka yang melucukan. Pada kurun ke-17, wit merujuk kepada dialog yang bertenaga dan pintar. Wit pernah diistilahkan oleh penyair Inggeris, Dryden sebagai suatu metafora yang tajam. Wit biasanya dikaitakan dengan puisi metafizikal yang banyak menggunakan metafora lanjutan. Contoh puisi metafizikal ditemui dalam sajak berjudul The Flea oleh Donne. Dalam puisi ini, dua objek yang dibandingkan, iaitu cinta dan kutu, menimbulkan kejanggalan yang mengejutkan sehingga menimbulkan suasana humor. Lihat juga metafora, puisi metafizikal.
witwitKesusasteraanTiada1. Keupayaan yang berhubung dengan akal, budi, fikiran, kecerdasan otak.,2. Gaya pengucapan dalam puisi yang padat dan cergas yang dilakukan untuk menghasilkan kesan yang menarik dan menakjubkan pendengar.
witwitKesusasteraanTiadaTiada
witwitKesusasteraanTiadaKenyataan yang bijak, lucu serta berunsur sindiran sebagai respons terhadap sesuatu situasi.
witcerdikKesusasteraanTiadaTiada
satiresatiraKesusasteraanTiadaUnsur sastera yang mencampuradukkan sikap kritis dengan humor dan wit sehingga berjaya memperkatakan secara sindiran tentang kemanusiaan dan institusi manusia lazimnya dijelaskan secara simbolik dengan menggunakan watak-watak binatang.
metaphysical poetrypuisi metafizikalKesusasteraanTiadaPuisi bertemakan falsafah dan agama yagn menggunakan unsur wit, paradoks, kiasan akal, dan gaya berhujah. Ciri-ciri utama puisi ini adalah mengemukakan hujah untuk meyakinkan dan menyampaikan sesuatu idea yang abstrak. Puisi ini mempunyai struktur yang logikal dan mengandungi kualiti dramatik yang jelas. Pada amnya, puisi ini menjurus kepada keintelektualan dan menerangkan perkara emosi atau spiritual secara logikal. Puisi metafizik menggunakan imejan daripada pengalaman harian atau alam sains dan pengetahuan. Pada asalnya, puisi ini merujuk kepada karya John Donne dan pengikutnya seperti Herbert, Marvell, Crashaw dan Vaughan. Puisi ini muncul sebagai puisi tentangan terhadap puisi cinta zaman Elizabethan. Berbanding dengan puisi lirik, ritma puisi metafizikal lebih mirip kepada bahasa pertuturan seolah-olah berdialog. Contohnya, puisi berjudul the Flea oleh Donne. Puisinya pintar dan terserlah dengan penggunaan imejan harian, unsur kiasan akal, paradoks, mainan kata, dan bersifat dialek. Lihat juga kiasan, lirik, paradoks.
jestbooksbuku jenakaKesusasteraanTiadaKoleksi mengandungi anekdot dan cerita jenaka, mempunyai unsur-unsur humor, wit dan satira.

Kembali ke atas