Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wi.zu.rai] | ويزوراي

Definisi : sl naib raja, gabenor jeneral; waizuri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wi.zu.rai] | ويزوراي

Definisi : wakil raja; gabenor jeneral. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wizurai (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan naib raja, gabenor, jeneral, raja muda.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WIZURAINaib raja atau gabenor jeneral yang mentadbir sesebuah wilayah yang ebrada jauh dari pemerintahan pusat bagi sebuah negara penakluk.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
MOUNTBATTEN, LOUIS

Mountbatten, Louis (1900–1979), salah seorang

keluarga diraja United Kingdom, dan pemimpin

tentera yang cemerlang serta wizurai terakhir bagi

jajahan British di India. Dia menjadi ketua operasi

bersama British semasa Perang Dunia II (1939–

1945). Moutbatten menjadi pemerintah tentera

Berikat di Asia Tenggara pada tahun 1943 dan

mengetuai penaklukan

semula Burma dan

Semenanjung Malaysia

daripada Jepun. Dia

kemudiannya menjadi

pemerintah samudera

pertama, peringkat

tentera laut yang

tertinggi di United

Kingdom. Sebagai

wizurai India, dia

membantu menguruskan

kemerdekaan negara

tersebut.

UMUM 
TUNKU KUDINTUNKU KUDIN ( ? -1905), pentadbir dan pemimpin di Selangor.  Nama sebenarnya ialah Tunku Thiauddin atau Dhiauddin, putera Sultan Zainal Rashid dan adinda Sultan Ahmad Tajuddin.  Ketokohannya menonjol selepas berkahwin dengan Tunku Arfah (Tunku Chik) puteri Sultan Abdul Samad, pada tahun 1868.  Selepas perkahwinan itu, Sultan Abdul Samad melantiknya sebagai wizurai, atau wakil raja Selangor memandangkan kebolehan dan kecekapan kepimpinan serta latar belakang pendidikan Inggerisnya.  Sebagai wizurai dia diberi kuasa mentadbir Selangor bagi pihak Sultan Abdul Samad.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas