Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wong] | ووڠ

Definisi : Jw orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wayang wongwayang wongKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakon yang wataknya dimainkan oleh manusia, tetapi mengambil cerita dan kostum daripada tradisi wayang kulit, iaitu daripada repertoir Hikayat Seri Rama dan Pandawa Lima. Bentuk persembahan wayang wong bersifat drama tari dan mula diperkenalkan di Jawa Tengah dalam kraton atau istana Jogjakarta.
wayang wongwayang wongMuzikTiada

Taridra dari Jawa dan Bali yang merangkumi nyanyian, muzik instramental, dialog, tarian dan lakonan. Kostum dan gerakan penari dalam wayang ini meniru kostum dan gerakan patung wayang kulit di Jawa dan di Bali. Ceritanya berasaskan epik Ramayana. Wayang wong diiringi ensembel gamelan. Wayang wong dikenali juga sebagai wayang orang.

khong wong lekkhong wong lekMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan se­bagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic tinggi. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemu­kul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong lek membungai melodi dalam ensembel mahori dan pi phat.

khong wong yaikhong wong yaiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic rendah. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemukul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong yai memainkan melodi asas dalam ensembel mahori dan pi phat.

wong nga pak/wong ngah pak(Brassica chinensis var.pekinensissawi daun (Brassica chinensis var. pekinensis)PertanianTiadaTiada
khong wong yai (Thai)khong wong yaiKesenianTiadaCanang keliling beroktaf rendah.
khong wong lek (Thai)khong wong lekKesenianTiadaCanang keliling beroktaf tinggi.
pi phatpi phatMuzikTiada

 Ensembel muzik klasik Thailand yang terdiri daripada kong wong yai dan kong wong lek (gong chime bulatan), ranat ek dan ranat ek lek (zailofon), ching (simbal), mong (gong) dan pi (shawm) serta taphone dan klong that (dram). Ensembel pi phat mengiringi teater dan tarian klasik Thailand dan nang yai. Lihat juga mahori.

showwayangKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakon untuk tontonan umum. Dalam kesenian tradisional Melayu, terdapat jenis-jenis wayang seperti wayang kulit, wayang Parsi atau bangsawan, wayang wong dan wayang golek. Dalam pengertian moden, wayang atau wayang gambar merujuk kepada filem.
likaylikayKesusasteraanTiadaTeater tradisi yang merupakan sejenis opera dari Thailand. Bentuk teater ini merupakan persembahan yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog. Kumpulan muzik iringan dikenali sebagai pi phat likay yang melibatkan alat-alat ranat ek (gambang kayu), Khong wong yai (bebeapa biji gong kecil yang disusun dalam bulatan), pi nai (serunai), Klong khaek (sepasang geduk) dan sebiji gendang. Cerita likay merangkumi cerita raja-raja, sejarah, peperangan, cerita klasik, cerita popular dan cerita rakyat.
12

Kembali ke atas