Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf ke-24 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-24 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata x


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah salah penggunaan ayat dalam persuratan seperti berikut: Contoh penggunaan simbol (x) (1 x Pegawai dan 5 x Anggota Tentera) 1. Adalah dimaklumkan bahawa 1 x Pegawai dan 5 x Anggota Tentera diarahkan membuat tugas operasi di Selatan Thailand.
Penggunaan bahasa yang betul ialah "Dimaklumkan bahawa seorang pegawai dan lima orang anggota tentera terlibat dalam operasi di Selatan Thailand". Walau bagaimanapun,  Angkatan Tentera Malaysia termasuk Tentera Darat mempunyai gaya dan format tersendiri dalam penulisan surat-menyurat dan dokumen rasmi. 

Tatabahasa16.06.2022
Soalan saya berkenaan dengan penggunaan bahasa melayu bagi x-ray dan sinar-x. Saya telah rujuk pada kamus dewan edisi keempat. Kedua-dua perkataan ada dalam kamus. Jadi, adakah dibolehkan penggunaan kedua-dua perkataan x-ray atau sinar-x di dalam ayat bahasa melayu. Jika menggunakan kedua-dua perkataan tidak menjadi kesalahan bahasa ke? Terima kasihKedua-dua perkataan x-ray dan sinar-x boleh digunakan dan tidak menjadi kesalahan bahasa. Makna30.03.2022
Salam sejahtera, Adakah tanda sengkang pada 'y-axis' dan 'x-axis' juga digunakan sekiranya kedua-dua frasa berkenaan diterjemahkan dalam Bahasa Melayu? 'y-axis' -> 'paksi-y' atau 'paksi y'? 'x-axis' -> 'paksi-x' atau 'paksi x'? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Penggunaan dalam bidang kejuruteraan ialah paksi y ; paksi x. Tiada tanda sempang.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain18.09.2019
Apakah padanan untuk 'X' dalam bahasa Melayu untuk saiz pakaian? Misalnya XS, XXXL yang kadangkala akan ditulis X-Small, XXX-Large. Adakah bahasa Melayu akan menulis X-Kecil, XXX-Besar? Atau Kecil-X dan Besar-XXX? Bagaimana pula penulisan singkatannya? (XS, S, M, L, XL, XXL, dst.)Maksud bagi simbol "X" yang digunakan pada saiz pakaian ialah merujuk kepada "ektra" atau "lebih". Cadangan terjemahan bagi saiz pakaian ialah:
Extra Small (XS) - "Lebih Kecil (XS)" 
Small (S) - "Kecil (S)"
Medium (M) - "Sederhana (M)"
Large (L) - "Besar (L)"
Extra Large (XL) - "Lebih Besar (XL)"
Double Extra Large (XXL) - "Besar Ganda (XXL)"
Makna10.04.2022
Bagaimanakah bentuk ejaan sebenar kata terbitan meN- + X-ray; adakah meng-X-ray atau mengx-ray atau mengX-ray? Jika dibandingkan dengan perkataan e-mel (meng-e-melkan), yang pertama itu tepat dan terdapat dalam PRPM DBP selain terdapat juga yang kedua dalam PRPMEjaan yang betul ialah meng-X-ray.Ejaan11.11.2010
Assalamualaikum, Saya ingin kepastian tentang ejaan sebenar X-ray setelah menerima awalan meN-. mengX-ray atau meng-X-ray. Hal ini disebabkan ada cara penulisan yang berbeza berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (mengX-ray) dengan jawapan dalam PRPM (meng-X-ray). Mungkin pihak DBP mempunyai maklumat terkini tentang ejaan perkataan tersebut. Sekian, Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul x-ray apabila menerima imbuhan men ialah mengX-ray yang bermaksud mengambil gambar X-ray (sebahagian daripada badan dan sebagainya) dengan menggunakan sinar-X atau memeriksa dengan menggunakan sinar-XEjaan09.07.2019
DARI Jabatan X atau DARIPADA Jabatan X?Frasa "dari jabatan" dan "daripada jabatan", kedua-duanya betul. "Dari jabatan" merujuk tempat dan "daripada jabatan "merujuk sumber.Tatabahasa28.08.2015
Apakah terjemahan untuk X-Games dalam Bahasa Melayu? Contoh ayat: 1. Temasya X-Games di ibu negara baru-baru ini terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik yang melanda. 2. Kumar meminati sukan X-Games sejak berumur lapan tahun lagi.Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi X-Games ialah Sukan Ekstrem.Lain-lain21.04.2021
Kata adjektif untuk membandingkan orang ialah( tinggi x rendah )atau (tinggi x pendek) ?
Kedua-dua antonim tinggi lawan rendah dan tinggi lawan pendek boleh digunakan.
Tatabahasa29.03.2017
'You need to be x-rayed' akan diterjemah seperti apa? Awak perlu di-X-ray ?Cadangan terjemahan yang sesuai ialah Anda perlu di-X-ray.Penyemakan dan penterjemahan11.08.2022
12345678910...

Kembali ke atas