Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf ke-24 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-24 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata x


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
X

X ialah huruf yang ke-24 dalam abjad Inggeris. X

mungkin diperkembangkan daripada satu huruf yang

dikenali sebagai samekh yang digunakan oleh

orang Semit yang pada pernah tinggal di Syria dan

Palestin. Ahli sejarah kurang pasti tentang simbol yang

digunakan oleh orang Semit bagi huruf ini

UMUM 
SINAR-X

Sinar-x ialah satu daripada bentuk tenaga yang

paling berguna. Sinar ini ditemui pada tahun 1895

oleh Wilhelm K. Roentgen, seorang ahli fizik

Jerman. Roentgen menamakan sinar itu sinar-x

kerana pada mulanya dia tidak faham apakah sinar

itu. X ialah simbol sains untuk sesuatu yang tidak

diketahui.

UMUM 
PUNCA KUASA TIGA

Punca kuasa tiga ialah salah satu daripada tiga

faktor yang sama bagi sesuatu nombor (lihat

Faktor ). Nombor yang sama (m) diambil sebagai

faktor tiga kali akan menjadi punca kuasa tiga

nombor yang lain (n). Oleh itu, m X m X m = n.

Contohnya punca kuasa tiga bagi 2 ialah 8, kerana

2 X 2 X 2 = 8 dan punca kuasa tiga bagi –5 ialah –125,

kerana –5 X –5 X –5 = –125. Nombor nyata hanya

mempunyai satu punca kuasa tiga nyata, iaitu

nombor positif atau nombor negatif, bergantung

pada sama ada nombor yang diberikan itu positif

atau negatif. Simbol lain diletakkan di depan

sesuatu nombor untuk menandakan bahawa

puncanya hendaklah dicari , atau ditentukan.

Simbol ini dituliskan √, dan dikenali sebagai

tanda punca atau tanda radikal . Jika punca yang

hendak dicari itu ialah punca kuasa tiga, maka

angka kecil 3 hendaklah diletakkan di atas tanda

punca tadi. Jadi 3 √8 menandakan bahawa punca

kuasa tiga bagi 8 hendaklah ditentukan.

UMUM 
CHRISTIAN XChristian X (1870–1947) ialah raja Denmark dari
tahun 1912 hingga kemangkatannya. Baginda
menjadi simbol penentangan penting Denmark
terhadap pendudukan Jerman semasa Perang
Dunia II (1939–1945)
UMUMUmum
MALCOLM X

Malcolm X (1925–1965) merupakan salah seorang

pemimpin kulit hitam Amerika yang paling

berpengaruh pada tahun 1950-an dan tahun 1960-

an.

UMUM 
IKAN SINAR-XIkan sinar-x ialah ikan karnivor kecil yang hidup
di bahagian muara Sungai Amazon, termasuk
di perairan yang agak masin.
UMUMUmum
SIEGBAHN, KARL MANNE GEORG

Siegbahn, Karl Manne Georg (1886–1978) ialah

ahli fizik Sweden yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1924 bagi bidang fizik kerana usahanya

tentang sinar-x dan kaedah analisis yang dikenali

sebagai spektroskopi sinar-x. Dia beralih daripada

minatnya dalam elektrik dan kemagnetan kepada

kajian tentang sinar-x pada tahun 1914. Dia mencipta

spektograf sinar-x jenis baru dan tiub sinar-x yang

bertambah baik. Dengan alat yang lebih tepat ini,

dia dapat mengukur dengan lebih jitu daripada

sebelumnya. Dia juga menyelidiki struktur dalaman

atom melalui kajiannya tentang spektrum sinar-x.

UMUM 
MOSELEY, HENRY GWYN-JEFFREYS

Moseley, Henry Gwyn-Jeffreys (1887–1915),

ahli fizik yang terkenal dengan kajiannya tentang

sinar-x. Pada sekitar tahun 1913, dia menemui

hubungan yang sistematik antara spektrum sinar-x

dan nombor atom bagi unsur yang memancarkan

sinar-x tersebut. Penemuan ini membolehkan ahli

sains menentukan nombor atom bagi elemen

yang tidak diketahui dan menyusun unsur

tersebut di tempat yang betul di dalam jadual

berkala (lihat Unsur kimia).

UMUM 
PUNCA

Punca dalam matematik, bermakna kuantiti yang

menghasilkan kuantiti yang khusus apabila punca

itu diambil sebagai faktor untuk beberapa kali

yang telah ditetapkan (lihat Faktor ). Berapa kali

punca itu diambil sebagai faktor dikenali sebagai

indeks . Punca dinamakan daripada indeks-

indeksnya. Oleh itu, punca empat bagi 81 ialah 3,

kerana 3 X 3 X 3 X 3 = 81. Punca yang mempunyai

indeks 2 dan indeks 3 juga dikenali sebagai punca

kuasa dua dan punca kuasa tiga . Punca yang positif

bagi nombor positif p ditunjuk dengan n √p. Oleh

itu, 4 18 = 3 . Simbol itu dikenali sebagai tanda

radikal . Apabila indeks tidak ditunjuk, maka

indeksnya ialah 2.

UMUM 
FASA EKSPONENKaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf kese­imbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair.KEJURUTERAANKonsep
123456

Kembali ke atas