Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zé.ro.fit] | زيروفيت

Definisi : (xérofit) (Bio) tumbuhan yg dapat hidup atau tumbuh di persekitaran yg kering. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zé.ro.fit] | زيروفيت

Definisi : /zérofit/ ist tumbuhan yg dpt hidup lama di kawasan kering, mis kaktus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata xerofit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
xerophytexerofitHerbaTiadaTumbuh-tumbuhan yang telah menyesuaikan hidup sehingga tahan atau boleh hidup dalam keadaan kering. Contoh herba xerofit ialah kaktus dan buah naga.
xerophytexerofitBiologiEkologiTumbuhan yang dapat menyesuaikan diri untuk hidup dalam keadaan kering dengan mempunyai ciri-ciri yang dapat mengurangkan transpirasi, seperti stomata yang terbenam di dalam daun, daun yang berbentuk duri, dan kutikel yang tebal. Ada juga xerofit yang mempunyai daun tebal dan berlendir yang digunakan untuk menyimpan air.
xerophytexerofitGeografiTiadaTiada
xerophytexerofitBiologiUmumTiada
xerophytexerofitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai seperti berduri, berdaun kecil dan berbatang tebal untuk membolehkannya hidup dalam keadaan kering. Contohnya, kaktus dan Aloe.
xerophytexerofitBiologiFisiologiTumbuh-tumbuhan yang telah menyesuaikan diri sehingga tahan atau boleh hidup dalam keadaan kering.
xerophytexerofitBotaniTiadaTumbuhan yang boleh hidup dalam persekitaran yang kering. Contohnya, pokok kaktus.
tropophytetropofitBiologiEkologiTumbuhan yang menjadi xerofit pada suatu masa, dan menjadi hidrofit pada masa yang lain, dalam satu tahun.
water conservationpemuliharaan airBotaniTiadaKaedah penyesuaian tumbuhan bagi mengurangkan kadar kehilangan air. Kaedah ini dilakukan bagi mengelakkan kematian tumbuhan semasa kemarau. Keupayaan tumbuhan untuk menyimpan air dan juga mengurangkan arus transpirasi akan mengurangkan penurunan potensi air daun. Tumbuhan yang mempunyai mekanisme sedemikian dikenali sebagai tumbuhan jimat air, contohnya tumbuhan xerofit.
cortexkorteksBotaniTiadaTisu di antara epidermis dengan silinder vaskular di dalam batang dan akar. Pada dasarnya korteks terdiri daripada sel-sel parenkima, tetapi kerap juga mengandungi sel kolenkima, gentian, sklereid, sel rembesan dan sel penyimpan. Kadangkala sebahagian daripada tisu korteks terdiri daripada sel-sel klorenkima, yang berupaya menjalani fotosintesis seperti yang terdapat pada tumbuhan xerofit, iaitu tumbuhan yang tumbuh di kawasan persekitaran yang kering.

Kembali ke atas