Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[zi.lo.sa] | زيلوسا

Definisi : gula yg terdapat dlm tumbuhan, khususnya di bahagian yg berkayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[zi.lo.sa] | زيلوسا

Definisi : /zilosa/ ist gula yg terdapat dlm tumbuh-tumbuhan, khususnya di bahagian yg berkayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata xilosa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pentose)pentosaVeterinarTiadaGula yang mempunyai 5 atom karbon seperti ribosa, ribulosa, arabinosa dan xilosa. Arabinosa dan xilosa merupakan sebahagian daripada hemiselulosa dalam tumbuhan manakala D-ribosa terdapat dalam semua sel hidup sebagai komponen asid ribonukleik. Pentosa boleh diserap dari usus kecil dan digunakan oleh haiwan sebagai sumber tenaga. Bahan ini boleh bergabung dengan sebatian lain seperti protein menjadi glikoprotein dan lemak menjadi glikolipid.
xylose clearance testujian perkumuhan xilosaPerubatanTiadaUjian untuk mengesan kecekapan ginjal. Ujian ini dilakukan dengan memberikan 50 g xilosa kepada pesakit; jika normal, ginjal berupaya untuk memekatkan xilosa kepada 2.5% dalam masa 2 jam dan mengumuhkan 25% daripadanya dalam masa 24 jam. Jika peratus ini berkurangan maka fungsi ginjal kurang cekap.
xylosexilosaVeterinarTiadaSejenis gula pentosa dalam mukopolisakarida tisu penghubung dan kadangkala dalam urin. Bahan ini juga boleh didapati daripada gam sayuran. D-xilosa digunakan dalam ujian diagnosis penyerapan usus kecil.
xylosexilosaHerbaTiadaFormula C5H10O5. Gula pentosa aldosa yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan berkayu seperti dalam lalang, tebu dan serat biji yang berguna dalam pemanis bukan nutritif. Xilosa dikenali juga sebagai gula kayu.
xylosexilosaKimiaBiokimiaGula pentosa yang boleh terbakar, berasa manis, larut di dalam air dan alkohol, dan terdapat di dalam kebanyakan bahan berkayu termasuk jerami, kulit kelapa dan sebagainya, serta di dalam sesetengah glikosida. Gula ini digunakan sebagai pewarna dan pemanis bukan nutritif.
xylosexilosaMakanan dan PemakananTeknologi MakananGula monosakarida pentosa yang terdapat dalam bahan berserat tumbuhan sebagai karbohidrat kompleks. Gula ini mempunyai 40% kemanisan sukrosa dan digunakan dalam makanan diabetik.
D-xyloseD-xilosaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pentosepentosaPentadbiran PerniagaanTiadaGula ringkas dengan lima atom karbon, misalnya ribosa dan xilosa.
hemicellulosehemiselulosaHerbaFitokimiaPolimer karbohidrat atau polisakarida yang terdiri daripada jalinan unit gula xilosa, manosa dan galaktosa pada rantai induk, dan unit arabinosa, galaktosa dan asid uranik pada rantai sisinya. Hemiselulosa larut dalam alkali tetapi tidak larut air. Hemiselulosa ini merupakan salah satu polisakarida yang terkandung dalam dinding sel tumbuhan.
wood sugergula kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCampuran gula yang terdiri terutamnya daripada glukosa, sebahagian kecil xilosa, dan sedikit galaktosa, manosa, dan arabinosa, yang didapati daripada hidrolisis polisakarida dalam kayu.
12

Kembali ke atas