Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. tangan (orang); 2. kaki yg di hadapan (bagi binatang yg berkaki empat); 3. sayap (burung dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yad


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
riba' yadriba yadPerniagaan IslamTiadaTangguhan penerimaan serahan produk yang berlaku dalam pertukaran barangan ribawi yang dilakukan secara tunai sama ada yang sama atau berbeza jenis dan mempunyai ilat produk ribawi yang sama tanpa disebut tempoh tangguhan yang tertentu. Penjenisan riba' yad diterima oleh mazhab Syafii, manakala mazhab Hanafi menyamakankan riba ini seperti riba’ nasi’ah.
dhul yadpemilikPerniagaan IslamTiadaLihat malik.
wadi’ah yad damanahsimpanan amanah dengan jaminanPerniagaan IslamTiadaHarta yang dititipkan melalui akad wadiah dan harta tersebut telah dimanfaatkan oleh penjaga. Penjaga perlu memberi jaminan atas harta itu sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan. Contohnya, wang deposit akaun simpanan di perbankan Islam adalah berdasarkan akad simpanan dengan jaminan kerana pihak bank memanfaatkan wang tersebut untuk menjana hasil.
savings with custodywadi‘ah yad amanahEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemilik barang dengan pihak penyimpan untuk menyimpan dan memelihara barangnya daripada berlaku kerosakan. Pihak penyimpan tidak dibenarkan mengguna dan mengambil manfaat daripada barang yang disimpan. Pada masa yang sama, pihak penyimpan memberi jaminan untuk memulangkan barang tersebut seperti sediakala pada sebarang masa yang dikehendaki oleh pemiliknya. Barang berkenaan boleh berbentuk aset benar atau aset kewangan. Akad ini biasanya digunakan dalam urus niaga rahnu.
savings with guaranteewadi‘ah yad damanahEkonomiEkonomi IslamAkad antara pemilik barang dengan pihak penyimpan untuk menyimpan dan memelihara barangnya daripada berlaku kerosakan. Pihak penyimpan dibenarkan mengguna dan mengambil manfaat daripada barang yang disimpan. Pada masa yang sama, pihak penyimpan memberi jaminan untuk memulangkan barang tersebut seperti sediakala pada sebarang masa yang dikehendaki oleh pemiliknya. Barang berkenaan boleh berbentuk aset benar atau aset kewangan. Akad ini biasanya digunakan dalam urus niaga rahnu, akaun semasa wadi‘ah dan akaun simpanan wadi‘ah.
wadiah current accountakaun semasa wadi‘ahEkonomiEkonomi IslamAkaun semasa yang berasaskan prinsip wadi‘ah yad damanah atau simpanan yang terjamin. Pihak bank meminta keizinan daripada penyimpan untuk menggunakan wang yang disimpan selagi wang tersebut berada dalam simpanan bank. Segala manfaat dan keuntungan daripada penggunaan simpanan ini menjadi hak mutlak bank. Walau bagaimanapun, bank boleh mengenakan sejumlah caj perkhidmatan untuk menampung kos yang terlibat dalam pengurusan simpanan. Namun begitu, bank juga biasanya memberi hibah atau ganjaran kepada penyimpan. Para penyimpan pula berhak mengeluarkan sebahagian atau semua simpanan mereka pada bila-bila masa dan bank memberi jaminan untuk mengembalikan wang tersebut. Akaun ini menpunyai ciri yang hampir sama dengan akaun semasa di bank konvensional.
malikpemilikPerniagaan IslamTiadaPihak yang mempunyai kuasa pemilikan, pemunyaan serta pengurusan dan pentadbiran harta secara eksklusif. Contohnya, pemilik rumah atau pemilik kereta. Dalam perniagaan, malik mempunyai kuasa mengurus, mentadbir dan menggunakan hartanya. Sinonim dhul yad, rabb.
milkmilikPerniagaan IslamTiadaHubungan pemunyaan yang wujud antara manusia dengan harta. Pemilikan bersifat eksklusif, melainkan sekiranya terdapat halangan dari segi hukum syarak dan pihak lain terhalang daripada memilikinya. Milk terbahagi kepada milk tamm, milk naqis, milk mutlak, milk bi sabab, milk muqayyad, milk khass, milk ‘amm, milk riqbah, milk yad dan milk tasarruf.
bai‘ sarfjual beli mata wangPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli wang yang biasanya melibatkan mata wang yang berbeza. Contohnya, jual beli Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika atau Rupiah. Syarak membenarkannya dengan syarat urus niaga itu berlaku secara serentak. Pertukaran wang yang sama jenis diharuskan dengan syarat nilai tersebut sama dan serentak. Urus niaga secara tertangguh menjadikannya riba nasiah atau riba yad, manakala urus niaga wang yang sama jenis tetapi tidak sama nilai menjadikannya riba fadl. Sinonim sarf.
riba' nasi'ahriba nasiahPerniagaan IslamTiadaPenangguhan penyerahan atau penerimaan produk ribawi yang sama atau berbeza jenis daripada pihak berkontrak pada waktu yang berbeza. Contohnya, pihak A dan B berurus niaga secara barter melibatkan beras dengan beras, atau beras dengan gandum, tetapi penyerahan salah satu pihak telah ditangguhkan. Urus niaga ini termasuk dalam riba' nasi'ah. Dalam mazhab Syafii, riba' nasi'ah dan riba' yad hanya berlaku bagi pertukaran produk ribawi yang berbeza jenis sahaja.
12

Kembali ke atas