Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yaÖ.ni]/[yak.ni] | يعني

Definisi : iaitu (diikuti oleh kalimat yg menjelaskan lagi maksud kalimat sebelumnya): majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, ~ dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yaÖ.ni]/[yak.ni] | يعني

Definisi : iaitu; ialah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yakni


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan 'Yakni' ?Yakni tidak boleh dimulakan di permulaan ayat.Makna15.11.2007
Adakah peristilahan melayu membezakan rabbit dan hare (mungkin rabbit itu arnab dan hare itu kelinci) sepertimana katak yakni frog dibezakan dengan kodok yakni toad atau rama - rama yakni moth dibezakan dengan kupu-kupu yakni butterfly? Selain itu, adakah bahasa melayu membezakan antara crocodile dan alligator? (saya tahu crocodile itu buaya, mungkin alligator mempunyai nama lain dalam bahasa melayu standard atau dialek atau bahasa rumpun yang lain).Rabbit diberikan padanan arnab, iaitu nama sejenis binatang pengunggis, suka memakan sayuran;  Lepus cuniculus. Hare pula diberikan padanan kelinci, iaitu sejenis binatang yang mengunggis, sejenis arnab, nama saintifiknya Oryctolagus cuniculusCrocodile diberikan padanan buaya, iaitu daripada   subkeluarga Crocodylinae. Alligator dalam bahasa Melayu diberikan padanan alligator, iaitu daripada keluarga Alligatoridae. Sila buat kajian lanjut jika anda berminat. Istilah20.10.2018
Apakah jenis kata perkataan "iaitu" mahupun "yakni"?Untuk makluman tuan, "iaitu" dan "yakni" merupakan kata hubung.Tatabahasa03.03.2022
Salam, Yang mana penggunaan kata ganti nama (ia/dia)yang betul (1)majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, yakni ia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. (2)majlis itu berhak bertindak dgn sendirinya, yakni dia tidak semestinya mengikuti nasihat sesiapa. Sekian, terima kasihPenggunaan yang betul ialah "Majlis itu berhak bertindak dengan sendirinya, yakni ia tidak semestinya mengikut nasihat sesiapa."Lain-lain13.06.2022
1. bolehkah perkataan yakni diguna dalam ayat bagi menggantikan perkataan iaitu? 2. Bolehkah kata ganti nama ia digunakan sebagai menggantikan sesuatu keadaan atau situasi seperti dalam contoh ayat berikut: Ramai remaja terlibat dalam gejala sosial. Ia menunjukkan institusi keluarga gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

1. Perkataan  yakni boleh digunakan.

2. Kata ganti nama "ia" boleh digunakan untuk manusia, benda dan perkara. Penggunaan dalam ayat contoh yang diberikan adalah betul.

Tatabahasa13.07.2010
Salam 1Malaysia, kesalahan mententeramkan ataupun mengkagumkan, yakni huruf awal 't' dan 'k' tidak digugurkan itu tergolong dalam kesalahan ejaan ataupun imbuhan. Hal ini demikian kerana ada guru bahasa Melayu menyatakan kesalahan tersebut tergolong dalam kesalahan imbuhan, dan sebaliknya. Sekian.

Imbuhan ialah bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata dan menyebabkan perubahan fungsi tatabahasa.  Imbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu, awalan, akhiran, sisipan fan apitan. Kesemua jenis imbuhan ini ada peraturan yang tersendiri yang diperincikan dalam buku Tatabahasa Dewan. Jelasnya, kesalahan imbuhan apitan dalam mententeramkan dan mengkagumkan dikagegorikan sebagai kesalahan imbuhan.

Kesalahan ejaan, contohnya ejaan sharat sepatutnya syarat, ma’af sepatutnya maaf.
Tatabahasa15.02.2014
Bolehkah perkataan FELLOWSHIP digunakan dalam bahasa Melayu yakni dalam frasa SKIM FELLOWSHIP PENYELIDIKAN GRADUAN? Jika tidak apakah perkataan yang sesuai bagi menggantikannya. Terima kasih.

Kami mencadangkan agar digunakan frasa Skim Geran Penyelidikan Graduan. T.kasih.

Lain-lain30.07.2008
Ada kesalahan pada entri "selepah" di Kamus Bahasa Melayu, yakni pada transliterasi arab pegon. Terimakasih.Terdapat kesilapan pada ejaan Jawi yang terpapar pada laman PRPM untuk entri "selepah". Ejaan Jawi yang betul bagi selepah ialah سلڤه. Kami ambil maklum akan kesilapan ini dan akan menghubungi pihak yang berkenaan supaya dibuat pembaikan.Lain-lain23.05.2021
Salam sejahtera. Sehubungan dengan frasa adjektif ‘...lemah dengan tiba-tiba’, yakni dalam ayat ‘Badannya lemah dengan tiba-tiba’, adakah kata ‘dengan’ merupakan kata hubung pancangan? Andai kata ‘dengan’ itu kata hubung pancangan keterangan cara, adakah ayat itu ayat majmuk pancangan. Pertanyaan ini saya ajukan kerana dalam soal jawab yang bertanggal 18 November 2018, saya difahamkan bahawa ‘dengan’ dalam frasa ‘berbelanja dengan cermat’ merupakan kata hubung. Sekian, terima kasih.Menurut buku Tatabahasa Dewan, perkataan “ dengan” ialah kata sendi nama yang membawa maksud bersama-sama atau berserta.  Dalam ayat “Badannya lemah dengan tiba-tiba”, ayat ini ialah frasa adjektif dan “dengan” di sini membawa maksud unsur keterangan, iaitu keterangan cara bagi kata adjektif lemah. Tatabahasa21.11.2018
Adakah 'Merdeka' (dieja dengan M besar) dianggap sebagai kata nama khas? (Yakni dalam konteks Malaysia sahaja di mana Merdeka pastinya merujuk pada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan merdeka yang dieja dengan m kecil merujuk kepada kebebasan insan/negara lain).Tidak. Perkataan tersebut kata umum dan perlu dieja dengan huruf kecil.Lain-lain23.11.2018
12345678910

Kembali ke atas