Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yang] | يڠ

Definisi : 1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa katakata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama kaya; 4. sl adapun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; 5. bp kata peng-hubung utk menyatakan isi atau huraiankata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat; Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yang] | يڠ

Definisi : = yang-yang dewa; beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat; kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yang] | يڠ

Definisi : 1 kata utk mengasingkan sesuatu supaya jelas kelainannya: Telur ~ kecil di atas meja itu telur burung. 2 kata utk menentukan sesuatu sbg benda: ~ tinggi itu bangunan Parlimen. 3 kata yg menghubungkan benda dgn penerangnya: Rumah ~ baru dibelinya itu rumah batu. ~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dll). ~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah. ~ Maha Kuasa Tuhan; Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[yang] | يڠ

Definisi : , = yang-yang dewa. beryang-yang memuja dewa-dewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang

Puisi
 

Tanam ubi digali ubi,
     Gali ubi di tepi telaga;
Sudah banyak saya berbudi,
     Budi yang mana yang tuan suka?


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Gajah memamah aris,
     baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Bermaksud :

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Di sebalik kegembiraan Idilfitri ada pelajar2 yang merasakankegembiraan yang tidak bertepiIlias ZaidiUtusan Zaman17.07.1983
Yang kutemui adalah yang kucariSasjiraHarian Ekspres28.09.2008
Yang Datang dan Yang PergiShapiai Muhammad RamlyMingguan Malaysia31.05.2009
Yang jujur dan yang 'wanted'Rahman ShaariSinar Harian15.07.2008
Yang mana wajah, yang mana topeng?Adibah AminUtusan Melayu27.01.1989
Yang miskin dan yang kayaPak SakoWatan26.01.1989
Yang dikejar semakin jauh, yang digendong mula tercicirFirdaus AbdullahBerita Harian12.12.1976
Buanglah yang keruh, ambil yang jernihDSR EromUtusan Borneo06.10.2008
Apakah yang kautemui adalah yang kucariHasyuda AbadiHarian Ekspres17.08.2008
Singkat yang bermakna (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia21.11.2007
12345678910...

Kembali ke atas