Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yang] | يڠ

Definisi : 1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa katakata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama kaya; 4. sl adapun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; 5. bp kata peng-hubung utk menyatakan isi atau huraiankata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat; Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yang] | يڠ

Definisi : = yang-yang dewa; beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat; kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yang] | يڠ

Definisi : 1 kata utk mengasingkan sesuatu supaya jelas kelainannya: Telur ~ kecil di atas meja itu telur burung. 2 kata utk menentukan sesuatu sbg benda: ~ tinggi itu bangunan Parlimen. 3 kata yg menghubungkan benda dgn penerangnya: Rumah ~ baru dibelinya itu rumah batu. ~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dll). ~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah. ~ Maha Kuasa Tuhan; Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[yang] | يڠ

Definisi : , = yang-yang dewa. beryang-yang memuja dewa-dewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang

Puisi
 

Tanam ubi digali ubi,
     Gali ubi di tepi telaga;
Sudah banyak saya berbudi,
     Budi yang mana yang tuan suka?


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Gajah memamah aris,
     baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Bermaksud :

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur.Siapa yang berasa bila disindir maka dialah yang bersalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa berkotek, siapa bertelur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa.Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, e. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Empat sudah bersimpul satu.Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dibuang yang keruh, diambil yang jernihnya.Yang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya.Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hati yang suka peringan beban.Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang.Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas