Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : panggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama ahli majlis mesyuarat undangan negeri atau parlimen atau orang-orang yg bergelar Datuk dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gelaran yg diberikan kpd wakil-wakil rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Honourable CompanySyarikat Yang BerhormatSejarahTiadaTiada
salutation (speech)kata penghormatan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian pendahuluan yang merupakan bahagian kedua dalam sesuatu struktur rasmi. Bahagian ini terletak di antara bahagian kata sapaan (ucapan salam atau selamat sejahtera) dengan bahagian pengenalan. Di bahagian ini, diberikan penghormatan kepada individu yang hadir dalam sesuatu acara. Penyusunan dan pemilihan kata penghormatan banyak bergantung pada sistem protokol dan hierarki. Sistem ini boleh berasaskan status sosial, taraf jawatan, atau keturunan yang diiktiraf oleh acara dan masyarakat. Dalam budaya masyarakat Malaysia, penyusunan kata penghormatan sangat diberikan perhatian. Bagi memastikan ketepatan susunan kata penghormatan, seseorang boleh mendapatkan nasihat daripada bahagian protokol Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Contohnya, sekiranya dalam majlis tersebut dihadiri seorang menteri, nama beliau perlu disusun paling atas dan gelaran yang diberikan ialah Yang Berhormat, manakala gelaran tuan puan pula diberikan kepada individu biasa dan individu awam yang disusun paling bawah. Bahagian perhubungan awam dalam sesebuah organisasi bertanggungjawab untuk memberikan perhatian dalam aspek ini.

Kembali ke atas