Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang sebenarnya

Peribahasa

Embacang buruk kulit.

Bermaksud :

Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penamaan tempat yang sebenarnya telah diwartakan."Kawasan Perindustrian Temasya"Tatabahasa18.12.2013
Bagaimanakah ejaan 'waalaikumussalam' yang sebenarnya?Ejaan 'assalamualaikum' terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tetapi kata 'waalaikumussalam' tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Saudara boleh menggunakan ejaan seperti di atas.Ejaan27.10.2015
ejaan perkataan 'PROSEDUR' yang sebenarnya.Ejaan tersebut betul, iaitu Prosedur.Ejaan02.09.2009
apakah maksud berbasa-basi yang sebenarnya?Adakah perkataan itu termasuk dalam kata kerja dan apakah kata dasar perkataan ini?Maksudnya, beradat -istiadat, bersopan-santun. (asal - bahasa Minang )Makna19.01.2007
Bagaimanakah ejaan perkataan al-Quran yang sebenarnya? Al-Quran? al-Quran? Alquran? al Quran? Al Quran?al-QuranLain-lain27.10.2015
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"?Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub".Istilah03.08.2007
Apakah singkatan bagi ukuran gram yang sebenarnya? gm atau g? Bagaimana pula halnya dengan singkatan untuk kilogram dan miligram?Singkatan bagi ukuran gram ialah gm, kilogram ialah kg dan miligram ialah mg.Lain-lain24.02.2007
Sehingga kini Badriah tidak tahu siapakah bapanya yang sebenarnya kerana ibunya tidak mahu menceritakan hal itu. (munsyi,adakah ayat ini betul? sepanjang pengetahuan saya, siapakah untuk ayat tanya sahaja, tetapi jawaban untuk ayat ini adaalah betul sehingga menimbulkan kerancuan dalam diri saya. TK)Ayat contoh tersebut betul. Ayat iniĀ ialah ayat penyata walaupun menggunakan kata tanya.Tatabahasa05.09.2012
Salam sejhatera ! Ungkapan Perdana Menteri digunakan kerana telah diterima umum walaupun yang sebenarnya ialah Menteri Perdana. Adakah ungkapan Menteri Perdana boleh digunakan memandangkan tiada terdapat dalam kamus ? Terima kasihBagi padanan Prime Minister, terjemahan Perdana Menteri telah mantap penggunaannya dan diterima sebagai betul.Tatabahasa12.03.2015
Adakah perkataan nafsi memberi maksud pentingkan diri atau kesepunyaan? Apakah maksud perkataan ini yang sebenarnya dalam bahasa melayu? Adakah perkataan ini boleh digunakan dalam karangan bahasa melayu?Perkataan nafsi tidak membawa maksud kesepunyaan, melainkan berkaitan diri sendiri atau mementingkan diri sendiri. Untuk maklumat lanjut, rujukĀ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nafsi.Makna05.10.2014
12345678910...

Kembali ke atas