Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kasiteritcassiteriteBahan mineral berwarna hitam, coklat atau putih yang terdiri daripada timah(IV) oksida dan merupakan sumber bijih timah yang utama.Menengah Rendah
bateri alkalialkaline batterySel utama yang menggunakan elektrolit beralkali, biasanya kalium hidroksida, yang membekalkan beza keupayaan 1. 5V.Menengah Atas
fetusfoetusEmbrio mamalia selepas terbentuknya ciri-ciri utama yang terdapat pada mamalia dewasa. Fetus manusia ialah embrio yang berusia lapan minggu ke atas.Menengah Rendah
pasirsandZarah utama tanah yang bersaiz dari 0.05 mm hingga 2.0 mm. Pasir merupakan contoh silika, dan banyak digunakan dalam pembuatan konkrit dan kaca.Menengah Rendah
fasa luteumluteal phaseFasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain.Menengah Atas
geotropismegeotropismPergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap daya tarikan graviti. Akar utama tumbuh mengikut tarikan graviti (geotropisme positif), manakala pucuk utama tumbuh menjauhi tarikan graviti (geotropisme negatif).Menengah Atas
bauksitbauxiteBijih aluminium, iaitu aluminium oksida yang merupakan sumber utama untuk mendapatkan aluminium yang tulen.Menengah Atas
asid deoksiribonukleikdeoxyribonucleic acidAsid nukleik yang memainkan peranan penting dalam juzuk utama kromosom yang membentuk bahan genetik kebanyakan organisma hidup.Menengah Atas
akar tunjangtap rootAkar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat RajahMenengah Rendah
bauksitbauxiteSebatian kimia semula jadi yang merupakan sumber utama untuk membuat aluminium.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas