Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCOTLAND

Scotland ialah satu daripada empat bahagian

politik yang utama yang membentuk United

Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara.

Bahagian-bahagian lain ialah England, Ireland

Utara, dan Wales. Edinburgh ialah ibu negara

Scotland, sementara Glasgow ialah bandar raya

yang terbesar.

UMUM 
KARBOHIDRAT

Karbohidrat ialah satu daripada tiga kelas

makanan utama yang diperlukan oleh tubuh. Dua

lagi kelas makanan yang utama ialah lemak dan

protein.

UMUM 
POLIETILENA

Polietilena ialah polimer sintetik yang utama,

iaitu bahan penting dalam plastik. Keluaran plastik

polietilena termasuk beg plastik dan bekas untuk

susu dan minyak. Kira-kira satu per tiga daripada

keluaran polimer sintetik adalah polietilena.

UMUM 
SUNGAI CHAGRES

Sungai Chagres ialah sumber air yang utama

bagi Terusan Panama. Sungai ini bermula dari

pergunungan di sebelah timur Panama, mengalir ke

barat daya, dan mengalir masuk ke Tasik Gatun –

sebahagian daripada laluan di Terusan Panama.

Lihat juga Terusan Panama (Tasik Gatun).

UMUM 
OKLAHOMA

Oklahoma ialah negeri pengeluar minyak dan

makanan yang utama di bahagian barat daya

Amerika Syarikat. Oklahoma juga penting kerana

industri pembuatannya. Oklahoma City adalah ibu

negeri dan bandar terbesar.

UMUM 
MANAUSManaus (pend. 613 068 ) ialah sebuah bandar

pedalaman yang utama di Brazil, dan ibu kota bagi

negeri Amazonas.

UMUM 
DAYTON

Dayton (pend. 182 044) ialah pusat pembuatan

yang utama di Barat Tengah, Ohio, Amerika

Syarikat.

UMUM 
AGAMA BUDDHA

Agama Buddha, salah satu agama dan tradisi

falfasah yang utama di dunia. Agama ini bermula

sejak kira-kira 2000 tahun di timur laut India

apabila Siddhartha Gautama menyampaikan

ajaran agama ini kepada orang lain. Dia juga

dikenali dengan nama Buddha (pengasas). Agama

ini berkembang ke seluruh India dan kemudian

berkembang ke utara, iaitu ke pergunungan

Himalaya dan terus ke China, Tibet, Korea dan

seterusnya Jepun. Agama ini juga berkembang ke

selatan, iaitu Sri Lanka, Thailand, Burma, Kemboja

dan Vietnam. Pada tahun 1900-an, agama ini

berkembang ke Eropah, Amerika Syarikat dan

Australia.

UMUM 
MARACAIBO

Maracaibo (pend. 1 151 933) merupakan

pelabuhan pengeksport kopi yang utama dan juga

bandar raya kedua terbesar di Venezuela.

UMUM 
MANDI

Mandi ialah perbuatan mencuci badan. Terdapat

empat jenis mandi yang utama: (1) mandi untuk

kebersihan, (2) mandi perubatan, (3) mandi

bersantai atau berseronok-seronok dan (4) mandi

keagamaan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas