Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ya.tim] | يتيم

Definisi : 1. anak yg kematian ibu atau bapanya; 2. = ~ piatu anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya; keyatiman keadaan yatim (kematian ibu atau bapa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ya.tim] | يتيم

Definisi : , = anak ~ 1 anak yg kematian bapa. 2 = anak ~ piatu anak yg kematian ibu dan bapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yatim

Puisi
 

Daun pandan mati layu,
     Boleh ganti bunga kelapa;
Abang kata yatim piatu,
     Boleh cari ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Alim nampak kepada rupa, Alim dijunjung sampai tua; Yatim anak tiada berbapa, Yatim kampung tiada bertua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju biru jahit bersulam, Dipakai anak yatim piatu; Baru dapat gaji semalam, Ceti menunggu di hadapan pintu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kak Sal berkirim salam, Kepada anak yatim piatu; Kalau sesat di hujung malam, Subuh sedia membuka pintu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Daun pandan mati layu, Boleh ganti bunga kelapa; Abang kata yatim piatu, Boleh cari ibu dan bapa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak Cina pandai berbaju, Sudah berbaju berkancing pula; Alangkah hina yatim piatu, Sudah piatu miskin pula.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak beruk bermain batu, Makan lepat di tepi ladang; Awak buruk yatim piatu, Manakah dapat meraih bintang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Patah sayap si burung helang, Kerana ditembak anak pemburu; Apalah diharap kepada abang, Hamba ini anak yatim piatu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mari diikat akar selawar, Daun pandan si mati layu; Adik kata abang yang tawar, Abang dagang yatim piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas