Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ya.tim] | يتيم

Definisi : 1. anak yg kematian ibu atau bapanya; 2. = ~ piatu anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya; keyatiman keadaan yatim (kematian ibu atau bapa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ya.tim] | يتيم

Definisi : , = anak ~ 1 anak yg kematian bapa. 2 = anak ~ piatu anak yg kematian ibu dan bapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yatim

Puisi
 

Daun pandan mati layu,
     Boleh ganti bunga kelapa;
Abang kata yatim piatu,
     Boleh cari ibu dan bapa.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orphanyatim; yatim piatuKependudukanTiadaTiada
orphanyatim; yatim piatuKomputerTiadaTiada
orphanyatim; yatim piatu; piatuVeterinarTiadaTiada
orphanyatim; yatim piatuSosiologiTiadaTiada
orphanyatim; yatim piatuKesenianTiadaTiada
orphanyatimTeknologi MaklumatPerisianBaris terakhir dalam perenggan teks yang berada sendirian di bahagian atas halaman yang menggunakan perisian pemprosesan kata. Baris ini kelihatan janggal kerana tiada kesinambungan dengan baris lain pada halaman yang sama. Gaya pemformatan dokumen seperti ini perlu dielakkan dalam sebarang sistem penerbitan meja.
orphanhood techniqueteknik yatimKependudukanTiadaTiada
one-parent familykeluarga yatimSosiologiTiadaTiada
orphaned medical deviceperanti perubatan yatimPerubatanTiadaAlatan perubatan yang sudah jarang dihasilkan dan tidak disokong oleh pihak pengeluar atau pembekal disebabkan faktor kurang permintaan dan tidak lagi dipatenkan.
mutawalla ‘alayhpengurusPerniagaan IslamTiadaPihak yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengurus dan mentadbir sesuatu perkara atau urusan. Contohnya, wasi, penjaga anak yatim, penjaga kanak-kanak dan penjaga orang cacat.
12

Kembali ke atas