Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ya.ya.san] | يايسن

Definisi : 1. pertubuhan yg dibentuk utk mengusahakan sesuatu (spt sekolah, badan penyelidikan, badan yg mengeluarkan biasiswa, dll): Universiti Harvard dan Yale di Amerika dibiayai oleh satu ~; 2. bangunan khas utk tujuan tertentu (spt rumah sakit, rumah anak yatim, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ya.ya.san] | يايسن

Definisi : 1 pertubuhan yg dibentuk utk mengusahakan sesuatu (spt mengeluarkan biasiswa, sbg badan penyelidikan). 2 bangunan khas utk sesuatu (spt rumah sakit, rumah anak yatim). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
yayasan (kata nama)
Bersinonim dengan pertubuhan, lembaga, perbadanan, persatuan, organisasi.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon semak ayat di BANNER bawah untuk iklan Yayasan Restu. "DAPATKAN AL QUR'AN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA KHIDMAT YAYASAN RESTUMILIKI AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN RESTU. Kami gariskan perkataan mampu milik kerana istilah ini tidak sesuai untuk satu mukjizat. Sila pinda kepada perkataan yang lebih sesuai.Tatabahasa06.05.2015
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Tuan / Puan, Dengan segala hormatnya, perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dalam proses menghasilkan buku berkaitan wakaf (7 Pintu Asas Kefahaman Wakaf) versi Bahasa Inggeris. Justeru, YWM memohon dari pihak tuan / puan untuk mendapatkan terjemahan dalam Bahasa Inggeris bagi perkataan "Yayasan Waqaf Malaysia". 3. Perhatian dan pertimbangan positif pihak tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan pihak tuan / puan boleh menghubungi saya di talian 011-18832140. Sekian, terima kasih. Wassalam, "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030" "WAKAF RAHMAH UNTUK SEMUA" Saya yang menjalankan amanah, UMAIR BIN ABDUL HALIM Bahagian Pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia Aras 8, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3 62100 PUTRAJAYA

Berdasarkan semakan kami nama Yayasan Waqaf Malaysia telah mempunyai tanda dagang, oleh itu nama ini boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Inggeris. Namun jika wujud keperluan untuk terjemahan ke bahasa Inggeris berikut adalah cadangan kami “Malaysia Wakaf Foundation”.

Lain-lain09.03.2022
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasihBerhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam.Lain-lain15.03.2009
Salam. Merujuk kepada soalan saya mengenai cara menulis "laureate" dalam bahasa Melayu, contoh istilah ialah "Wikimedia Laureate" iaitu sebuah anugerah yang diberi oleh Yayasan Wikimedia secara tahunan. Untuk makluman, istilah ini diterjemahkan oleh Yayasan Wikimedia sendiri ke beberapa bahasa, namun terjemahan bahasa Melayu belum disediakan. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah laureate ialah tokoh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah31.08.2023
World Youth FoundationYayasan Belia SeduniaLain-lain11.11.2008
Salam, Mohon semak penggunaan ejaan dan bahasa untuk di cetak di BANNER. Ayatnya ialah: DAPATKAN AL-QUR'AN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA KHIDMAT YAYASAN RESTUMILIKI AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN RESTU. Kami gariskan perkataan mampu milik kerana istilah ini tidak sesuai untuk satu mukjizat. Sila pinda kepada perkataan yang lebih sesuai dan menepati maksud yang hendak disampaikan. Tatabahasa06.05.2015
Pihak UiTM ingin menamakan satu bangunan dengan nama berikut iaitu: Bangunan Residensi Yayasan LTAT-UiTM Adakah perkataan Residensi tersebut wujud dan boleh digunakan? Sekiranya tidak boleh syorkan perkataan yang sesuai untuk digunakan. Terima kasih.

Untuk makluman, perkataan "Residensi" tidak sesuai digunakan untuk penamaan bangunan yang dimaksudkan.

Kami mencadangkan penggunaan perkataan “Residensi” ditukarkan kepada perkataan lain yang bersesuaian, contohnya “Kediaman” atau nama lain yang lebih lunak, seperti “Puri Kencana”, “Puri Sutera”, “Puri Anggerik”, “Inapan Purnama” dan lain-lain.

Sila buat permohonan penamaan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my

Lain-lain15.04.2024
Fabelle RazaliView Profile Hi DBP. Boleh saya tahu di mana saya boleh mendapatkan buku ini?Yayasan Karyawan bersebelahan Koperasi Buku DBP. Menara DBP, Kuala Lumpur. Terima kasihLain-lain28.10.2016
A. Sila semak frasa'disalurkan daripada Sarawak' dalam ayat di bawah sama ada penggunaannya betul atau salah. Jika salah, sila betulkan frasa tersebut. Segala sumbangan yang disalurkan daripada Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya. B. Sila pilih 'dari', 'daripada' atau kedua-duanya bagi ayat-ayat di bawah. 1. Misi bantuan fasa pertama (dari/daripada) Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan (dari/daripada) beberapa bahagian di negeri ini. 2. Sumbangan vaksin (dari/ daripada) Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas. 3. Akar pokok tumbuh (dari/daripada) cabang. 4. Saya mengambil dokumen penting (dari/daripada) laci dan kotak. 5. Saya keluar (dari/ daripada) bilik tidur. Sekian, terima kasih.

A. 

Segala sumbangan yang disalurkan dari Sarawak diuruskan oleh Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia berpusat di Petaling Jaya.


B. 
1. Misi bantuan fasa pertama dari Sarawak telah dilaksanakan pada 30 Disember lalu, manakala fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima bantuan dari beberapa bahagian di negeri ini. 

2. Sumbangan vaksin dari Amerika Syarikat telah tiba di negara kita pada minggu lepas.

3. Akar pokok tumbuh daripada cabang.

4. Saya mengambil dokumen penting daripada laci dan kotak.

5. Saya keluar dari bilik tidur. 

Tatabahasa14.07.2021
Karya Agung: Siapakah penulis yang mendapat anugerah karya agung bagi hasil penulisannya dan apakah judul penulisan mereka?Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di manakah asalnya di Dunia Melayu ini. Tiga faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam bahasa Melayu dalam sejarah yang lalu ialah (a) kekuatan bahasa Melayu itu, (b) pengaruh Islam, dan (c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren. Tiada pengarang yang menerima anugerah atas penulisan mereka kerana beberapa sebab seperti waktu, tujuan dan tidak diketahui pengarangnya. Antara karya yang ditakrif sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku "Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan" terbitan Yayasan KaryawanLain-lain13.06.2007
12

Kembali ke atas