Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : huruf ke-35 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ye


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah boleh digunkan perkataan 'ye ke?' dalam bahasa pasar bahasa melayu bagi perkataan 'really?'? Diterjemahkan dari perkataan 'really, genius?'Betul, dalam bahasa percakapan "ye ke" boleh mengungkapkan makna "really?" atau dalam konteks pengucapan rasmi disebut "betulkah?" atau "betul?'.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2022
Nurul Elyani Abdullah salam saya nak tanya, jawatan kosong yang dbp tu..utk post librarian..dia tlis kne apply secara online melalui spa..mcm mane ye.. kal0 dlm spa tu, kita da apply jwtan pustakawan..mksdnye, automatik kita da apply ke jwatan pustakawan dbp ni..mohon pencerahan ye, terima kasih...Untuk maklumat lanjut sila berhubung terus dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-2147 9000.Lain-lain19.05.2014
Hani Haizan Sep 22nd, 4:05pm Salam, tumpang bertanye ye..saya Hani bertanya bagi pihak Puan Rozita ia itu pengasas Sendayu Tinggi dan Product Jamu Ratu Malaya, saya ingin buat program wanita di Dewan Bahasa Dan Pustaka, program tu seperti seminar kesihatan, demo make up, demo pakai tudung..Puan Rozita Ibrahim sendiri akan turun ke sana utk memberikan ceramah, ceramah ini akan berlangsung selama 2 1/2 jam..mungkin boleh di selitkan pada hari jumaat semasa lunch hour atau bila-bila masa yg free .dengan siapa saya harus ber komunikasi? jika tidak keberatan boleh saya dapatkan no hp beliau..ni hp saya..boleh direct wat sap saya ye 016-6655435.Terima KasihBerkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi Encik Azimin bin Daud, Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my . Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain22.09.2014
Assalam. Saya ingin membuat carta Jawi bagi murid prasekolah. Mohon pandangan : 1.huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah huruf Jawi atau sebaliknya? Sekiranya saya tidak meletakkan huruf-huruf ini, adakah ianya menjadi kesalahan dalam carta jawi yang saya ingin keluarkan? 2. Nyatakan rujukan kamus terkini bagi Rumi-Sebutan-Jawi? Terima kasih.Untuk makluman puan, huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah termasuk dalam 37 abjad huruf Jawi dan terpakai untuk mengeja perkataan bahasa Melayu terutama serapan daripada bahasa Inggeris contohny (Kolonialisme) کولونياليسمى  dan bahasa Arab contohnya, (Surah)  سورة (Akhirat) اخيرة  
Untuk maklumat lanjutpuan boleh merujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016.
Ejaan28.05.2018
Slmt ptg, tumpang tanya ye, bolehkah saya mendapatkan buku teks tahun 1 2011 dalam pasaran? Sdh lama tunggu, tapi buku -buku teks masih belum sampai kat sekolah lagi. Sekian, terima kasih.Bagi buku teks terbitan DBP, sebahagian besar buku teks tahun 1 kegunaan mulai tahun 2011 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku teks ini akan berada di pasaran terbuka mulai pertengahan bulan November.Lain-lain01.11.2010
saya cuba buat carian istilah "Ye" dalam laman DBP namun keluar error. Saya lakukan carian menggunakan Chrome dan juga Safari. Harap pihak DBP ambil tindakan. Sekian terima kasih.Kami mengambil maklum hal tersebut. Kami akan mengemukakan permasalahan ini ke Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain25.04.2017
memang 'pengkongsian' perkataan yang tepat ye? bagaimana pula dengan 'perkongsian'Kata terbitan berkongsi menerbitkan pula kata perkongsian, tidak kata mengkongsi bagi menerbitkan kata pengkongsian.Tatabahasa14.12.2012
Perkataan slim fit jika diterjemahkan bagaiman ye utk saya buat iklanUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "slim fit" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah muat padan.Istilah27.05.2016
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih.

Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah:

1. me/nye/dia/kan
2.pa/kaian
3.ja/ngan
4. men/de/ngar
5. te/ngah
6. me/nye/pak
7. de/ngar
8. me/ngam/bil
9. me/nyim/pan
10. per/mai/nan
11.de/ngan
12. mem/pu/nya/i
13. me/nyen/tuh
14. me/na/ngis

Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut.

 

 

Tatabahasa28.04.2010
Apa terjemahan yang sesuai untuk "post-apocalyptic" ye? Sekian terima kasih...Padanan istilah tersebut adalah seperti yang berikut:

post-apocalyptic  -  pascamalapetaka

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah19.06.2022
12345

Kembali ke atas