Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yg


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jawapan yg mana satu yg betul? Pilih ayat yg sama maksud dgn ayat yg dbrikan. Gejala meroko dalam kalangan murid semakin serius dan perlu ditangani dengan segera. A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera. B. Oleh sebab gejala merokok dalam kalangan murid membimbangkan, gejala ini perlu diatasi dengan segera.Jawapan yang tepat ialah A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera.Tatabahasa05.02.2013
Assalamuaikum.. 1.Ayat yg mana yg betul penggunaan kata nafi. a.Bukan mudah untuk berjaya. b.Tidak mudah untuk berjaya. 2.Saya ingin bertanya tentang jawapan yg diberikan kpd pelanggan DBP iaitu daripada pegawai yang sama atau berlainan.Ini adalah kerana pada tahun 2016 dan 2017 saya ada mengemukakan soalan yang sama namun jawapan 2016 dan 2017 tidak sama.Hal ini berlaku beberapa kali myebabkan saya agak keliru . Contoh. Adakah ayat ini mgandungi kesalahan. 1.Sudah bertahun dia tidak pulang. ( Jwpn DBP 2016 Betul) ( Jwpn DBP 2017 Salah) Sekian terima kasih. Mohon pencerahanTuan/puan yang budiman,

Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk rujukan tuan/puan selanjutnya.
Tatabahasa06.03.2018
Perbezaan makna makanan organik dan bahan kimia organik.
kimia organik = cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon);

Bahan Organik = a) berkanaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) berkenaan  bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) berkenaan  tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;

 organik =; bahan ~ a) berkenaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;
 kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn se­batian karbon;
penyakit ~ penyakit yg me­libatkan perubahan struktur tubuh.

Makanan organik = makanan yang terhasil daripada  proses organik.
Tatabahasa06.12.2012
Terima kasih...saya ingin merujuk kepada soalan yang sebelum ini saya rasa yg sesuai yg kedua.. boleh ke saya gunakan kebolehmenarikan .....supaya sesuai dgn ukuran penilaian dlm kajian saya ..contohnya yg sama konteksnya seperti kebolehgunaanTiada istilah "kebolehmenarikan".  Soalan tuan sukar difahami kerana tidak jelas. Untuk perkataan yang sama polanya dengan "kebolehgunaan" ialah "kebolehtarikan"Istilah04.11.2014
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013
Istilah agama 1. utk ejaan redha (isitlah agama) yg betul. saya lihat di kamus dewan ejaannya reda. tapi kalau ikut istilah ejaan yg tepat ialah??? 2. ada tak buku istilah agama yg terbaru boleh sya perolehi? setakat ini yg saya ada dari dbp buku istilah agama tahun 1986 yg dah outdated...ada yg terbaru ka?Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi).Ejaan11.01.2012
Ejaan yg betul pesaka atau pusaka untuk rujuk kpd harta peninggalan selepas mati  pusaka
 1 segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg meninggal.
 2 sesuatu yg dipunyai turun-temurun
Tatabahasa03.07.2018
Apakah ungkapan / ejaan sebenar antara beza & beda. Yg manakah yg betul?Ejaan yang betul ialah beza.Tatabahasa25.06.2012
Salam. Saya mahukan kepastian berhubung makna "tut". Menurut Kamus Dewan, tut ialah hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik). Sedangkan, proses tut tidak melibatkan percantuman tunas. Salah seorang panel saya mengatakan proses mencantumkan tunas itu merupakan proses "kahwin". Tut hanya dibuang kulit pada batang, ditempekkan tanah pada kawasan tersebut sehingga tumbuh akar, kemudian batang tersebut dipotong untuk ditanam di tanah. Oleh itu, mohon kerjasama pihak DBP untuk membuat pengesahan berhubung kekeliruan makna ini. Sekian, terima kasih.Salam,

Untuk makluman, pihak kami biasanya akan memegang apa yang terakam dalam kamus sebagai rujukan. Akan tetapi, kami mengucapkan terima kasih atas makluman yang diberikan. Kami akan mengambil maklum akan hal tersebut dan cuba mengajukannya kepada bahagian yang terlibat untuk membuat semakan.
Makna27.11.2015
Salam.saya inginkan kepastian ttg istilah yg dgunakan ini.Yg manakah lebih tepat sama ada penggunaan Kolokium Ilmuan @Kolokium Ilmuwan?dan apakah yg membezakannya?mohon penjelasan dr pihak tuan dengan sejelasnya.Teima kasih.Frasa dan ejaan yang betul ialah Kolokium Ilmuwan. Di bawah tajuk Pembentukan Kata Baharu (Tatabahasa Dewan, halaman 307), ... akhiran -wan akan menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas .... Contohnya: ilmu + wan menjadi ilmuwan dan budaya + wan menjadi budayawan.Tatabahasa07.09.2011
12345678910...

Kembali ke atas