Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yg


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monelmonelKejuruteraanTiadaSejenis aloi tahan karat yg mengandungi nikel (67%), tembaga (28%), dan logam-logam lain (5%).
choruskorusKesenianDrama dan TeaterSekumpulan orang yg menyanyi bersama-sama dalam sesuatu persembahan.
centre of gravitypusat gravitiMekanikGunaanTitik tempat berat jasad bertindak. Secara matematik, kedudukan pusat graviti G(xG, yG, zG) ditentukan dengan mengenakan prinsip momen kepada daya graviti yang bertindak pada unsur-unsur jasad.
centre of masspusat jisimMekanikGunaanTitik tempat jisim jasad terpumpun. Secara matematik, kedudukan pusat jisim G(xG, yG, zG) ditentukan dengan mengenakan prinsip momen pada jisim unsur-unsur jasad.
hysteriahisteriaPsikologiPsikologi UmumFenomena yang berlaku apabila masalah atau kecelaruan psikologi dijelmakan dalam bentuk kecelaruan organik atau somatik. Individu yang mengalami histeria biasanya menunjukkan kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal. Contohnya, mengadu mengalami masalah atau simptom fizikal seperti kelumpuhan atau kebas yang bukan berpunca daripada sumber-sumber fizikal. Menurut Freud, histeria berkait rapat dengan konflik yang tersembunyi jauh ke alam tidak sedar. Histeria dikenali juga sebagai kecelaruan jelmaan.
gravitational potential energytenaga upaya gravitiMekanikGunaanTenaga upaya yang disebabkan oleh daya graviti yang bertindak pada jasad (iaitu berat jasad tersebut). Tenaga upaya graviti memerlukan suatu datum satah mengufuk untuk mengukurnya. Nilai tenaga upaya graviti Vg diberikan oleh ungkapan, Vg = WyG dengan W ialah berat jasad berkenaan dan yG ialah kedudukan tegak pusat gravitinya apabila diukur dari satah datum. Jarak yG diambil sebagai positif jika ukuran dibuat menghala ke sebelah atas satah itu, dan negatif jika sebaliknya. Tenaga upaya graviti adalah positif jika jasad berada di sebelah atas datum dan negatif jika berada di sebelah bawah datum.
first moment of massmomen pertama jisimMekanikGunaanHasil darab jisim jasad dengan jarak serenjang pusat jisim jasad itu daripada sebarang paksi rujukan. Misalnya, jika jasad itu berjisim m dan kedudukan pusat jisimnya ialah (xG,yG,zG), maka momen pertama jisim bagi jasad itu di sekitar paksi-x ialah mxG. Gagasan momen pertama jisim digunakan dalam menentukan pusat jisim jasad. Ungkapan untuk momen pertama diperoleh apabila prinsip momen dikenakan untuk menjumlahkan momen yang disebabkan oleh jisim setiap unsur infinitesimal jasad itu.
parallel-axes theoremteorem paksi selariMekanikGunaanTeorem yang menghubungkan nilai momen sifatekun (jisim atau luas) di sekitar paksi yang melalui sentroid dengan nilainya di sekitar paksi-paksi lain yang selari dengan paksi sentroid itu. teorem ini ditulis sebagai, I = IG + md2 untuk momen sifatekun jisim dan, I = IG + Ad2 untuk momen sifatekun luas. Dalam ungkapan-ungkapan tersebut, IG ialah momen sifatekun di sekitar paksi sentroid, I ialah momen sifatekun di sekitar sebarang paksi yang selari dengan paksi sentroid, d ialah jarak tepat di antara dua paksi yang berkenaan, manakala m ialah jisim dan A ialah luas yang berkenaan. Teorem ini boleh digunakan untuk hasil darab sifatekun, iaitu, Ixy = (Ix’y’)G + mxGyG dengan Ixy sebagai hasil darab sifatekun di sekitar paksi x-y; xG dan yG masing-masing ialah jarak paksi x’ dan paksi-y’ dari paksi-x’ dan paksi-y’ yang melalui pusat graviti G dan masing-masing selari pula dengan paksi-x’ dan paksi-y’.

Kembali ke atas