Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yis] | ييس

Definisi : 1. sj kulat satu sel dlm kelas Ascomycetes yg dapat menapaikan gula dan kaya dengan vitamin B kompleks; 2. sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti dsb, dan utk menapaikan bir, wiski, dsb, ragi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yis] | ييس

Definisi : 1 kulat satu sel yg membiak melalui percantuman dan dpt menapaikan gula, Saccharomyces spp.. 2 bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti dsb; ragi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YIS

Yis ialah bahan hidup yang dimasukkan ke dalam

doh untuk menjadikannya naik. Ia juga digunakan

dalam pengeluaran bir, wain dan lain-lain

minuman keras. Yis yang digunakan secara

komersial terdiri daripada organisma halus bersel

tunggal. Terdapat lebih daripada 600 spesies yis,

tetapi hanya beberapa yang digunakan secara

komersial.

UMUM 
MIKROBIOLOGI

Mikrobiologi ialah kajian tentang organisma

mikroskopik. Organisma ini ada kalanya dikenali

mikrob . Ia terdiri daripada alga, bakteria, kulapuk,

protozoa, virus dan yis. Ahli mikrobiologi juga

mengkaji zarah berjangkit yang seni seperti prion,

viroid dan juga plasmid.

UMUM 
MAKANAN NYAHHIDRAT

Makanan nyahhidrat ialah makanan yang

telah diawet dengan cara pengeringan.

Menambah air kepada makanan demikian

menjadikannya sedia untuk dimakan atau dimasak.

Susu kering dan keluaran tenusu, sup, kopi, teh,

rempah-ratus, gelatin, campuran pencuci mulut,

dan makaroni dijual di kedai. Makanan nyahhidrat

lain yang biasa didapati termasuk yis, keju, dan

keluaran telur.

UMUM 
SIDER

Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat

daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali

sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi

5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan

dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan

penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan

menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga

yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.

Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan

bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.

Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.

UMUM 

Kembali ke atas