Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yis] | ييس

Definisi : 1. sj kulat satu sel dlm kelas Ascomycetes yg dapat menapaikan gula dan kaya dengan vitamin B kompleks; 2. sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti dsb, dan utk menapaikan bir, wiski, dsb, ragi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yis] | ييس

Definisi : 1 kulat satu sel yg membiak melalui percantuman dan dpt menapaikan gula, Saccharomyces spp.. 2 bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti dsb; ragi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
yeastyisBioteknologiTiadaKulat yang wujud dalam bentuk sel tunggal dan membiak secara pertunasan dan pemisahan. Yis yang penting termasuklah daripada genus Saccharomyces, Klyveromyces, Torulopsis, dan Candida yang digunakan dalam penghasilan alkohol, asid organik, dan enzim, dan yang digunakan sebagai yis roti.
yeast extractekstrak yisBioteknologiTiadaBahan yang digunakan sebagai sumber nitrogen dalam perumusan medium, yang dihasilkan melalui proses autolisis atau plasmolisis sel yis roti. Autolisis dilakukan pada suhu. 48oC - 50oC selama beberapa jam, manakala plasmolisis pula dilakukan dalam larutan NaCl. Ekstrak yis terdiri daripada campuran asid amino, peptida, vitamin, dan karbohidrat.
yeastyisMakanan dan PemakananTeknologi MakananMikroorganisma eukariot bersel tunggal yang terdapat hampir di merata tempat terutama pada substrat yang mengandungi gula seperti buah-buahan dan susu. Ia melakukan penapaian dengan menukar gula kepada karbon dioksida dan alkohol. Banyak spesies yis digunakan dalam industri pembuatan makanan, minuman, enzim, antibiotik, vitamin dan lain-lain. Kebanyakan yis yang digunakan dalam industri adalah daripada genus Saccharomyces. Terdapat juga spesies yis yang merosakkan makanan atau menjangkiti tumbuhan, haiwan dan manusia.
compressed yeastyis mampatPentadbiran PerniagaanTiadaYis bentuk kek daripada penapisan sel daripada cecairnya, dimampat dan dicampur dengan tepung atau tepung kanji.
brewer's yeastyis pembruPentadbiran PerniagaanTiadaYis yang digunakan atau yang sesuai digunakan untuk pembruan.
brewer�s yeastyis pembruBiologiMikologiNama am bagi Saccharomyces cerevisiae, iaitu yis yang digunakan dalam pembuatan roti, bir, dan tapai.
provingmengembangPentadbiran PerniagaanTiadaMencampurkan doh roti dengan yis dan kemudian dibiarkan seketika supaya yis dapat bertindak untuk membesarkan doh dua kali ganda.
fermentation of yeastpenapaian yisPentadbiran PerniagaanTiadaProses penguraian bahan organik kompleks, terutama karbohidrat untuk menghasilkan tenaga, melalui tindakan enzim yang dihasilkan oleh yis.
yeast artificial chromosome (YAC)kromosom yis buatanBiologiGenetikDNA rekombinan yang mempunyai DNA asing bersambung dengan sentromer, telomer dan jujukan bereplikasi bebas yis.
provemembuktikanPentadbiran PerniagaanTiadaPengembangan: Proses mencampurkan doh roti dengan yis dan kemudian dibiarkan seketika supaya yis dapat bertindak untuk membesarkan doh dua kali ganda.
12345678910...

Kembali ke atas