Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yu] | يو

Definisi : sj ikan laut, jerung; ~ belak = ~ pokah = ~ rimau = ~ tembaga sj yu, Cheiloscyllium indicum; ~ belangkas sj yu, Narke dypterygia; ~ bengkong a) = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk sj yu, Sphyrna blochii; b) = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sanggul = ~ tanduk sj yu, Sphyrna zygaena; = ~ berui = ~ gergaji = ~ parang = ~ todak sj yu, Pristis cuspidatus; ~ bodoh sj yu, Cheiloscyllium indicum; ~ cermangi = ~ kia = ~ pengajam sj yu, Rhonibatidae; ~ cercak = ~ cicak = ~ tokeh = ~ pendek sj yu, Atelomycterus marmoratus; ~ giling = ~ manis = ~ tenggiri sj yu, Galeocerda cuvieri; ~ jaras sj yu, Mustelus manazo; ~ jerih = ~ pasir sj yu, Scoliodon sorrakowah; ~ jerung = ~ mata jauh = ~ palang = ~ sambaran = ~ sanggul = ~ sanggul lintang = ~ tanduk sj yu, Sphyrnidae; ~ kabu sj yu, Stegostoma fasciatum; ~ kecil sj yu, Scyllium spp.; ~ kemejan (kemenyan, kumian) sj yu a) Rhinobatis djeddensis; b) Rhinobatis granulatus; ~ kepak hitam = ~ nipah = ~ pulah = ~ punai = ~ sirip hitam sj yu, Eulamia melanoptera; ~ paus sj yu, Rhinodon typicus; ~ putih sj yu, Carcharodon carcharias; spt ~ kia-kia, kepala ~ ekor pari prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yu] | يو

Definisi : Jw, bp kakak (perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yu] | يو

Definisi : berbagai-bagai jenis ikan laut; jerung. ~ belak (rimau, tembaga) Cheiloscyllium indicum. ~ bengkung Sphyrna blochii (zygaena). ~ jerung Sphyrnidae. ~ paus Rhinodon typicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yu

Puisi
 

Anak yu dua serupa,
     Yu berjumpa dengan sembilang;
Janji dulu adik tak lupa,
     Tunggulah sampai adik pulang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti sekelat muka dua.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tiger sharkyu tenggiriPerikananTiadaIkan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Galeocerdo cuvier, iaitu jenis ikan demersal yang berenang secara tidak berkumpulan. Bahagian atas badan yu tenggiri berwarna biru kehijauan dan bahagian bawah perutnya berwarna putih kekuningan. Kepala ikan ini berbentuk sedikit leper dan mempunyai lima liang insang serta dua sirip dorsal. Yu tenggiri merupakan ikan yu keempat terbesar dalam kelompok ikan yu dan boleh mencapai antara 385 kg hingga 635 kg dan panjang antara 3 m hingga 6 m. Yu tenggiri sangat ganas, berbahaya dan digelar yu pemakan manusia. Ikan ini biasanya terdapat di perairan tropika dan subtropika, kadangkala terdapat juga di perairan tempatan yang dalam, iaitu sehingga 900 meter. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan rawai.
zebra sharkyu rimauPerikananTiadaIkan yu daripada famili Stegostomatidae, spesies Stegostoma fasciatum. Yu rimau mendiami laut pada kedalaman 5 hingga 30 meter. Ciri yang paling ketara pada ikan ini ialah badannya yang berbelang seakan kuda belang, langsing dan tirus, mempunyai tompokan hitam yang berselerak di seluruh badan termasuk sirip serta mempunyai ekor yang panjang. Selain itu, terdapat juga satu banjaran yang jelas di kedua-dua sisi badan dan muncung bulat dengan sesungut kecil. Ikan ini gemar memakan moluska, krustasia dan ikan kecil dengan cara menyedut keluar makanan daripada pasir pada waktu malam. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat tunda atau pancing. Nama lain bagi ikan ini ialah yu kebut atau yu cicak.
hammerhead sharkyu tukulPerikananTiadaIkan yu daripada famili Sphyrnidae, spesies Sphyrna lewini, iaitu jenis ikan pelagik pesisir pantai. Ciri yang paling ketara pada yu tukul ialah kepalanya yang berbentuk tukul serta mata dan hidungnya berada di bahagian hujung kepala. Yu tukul boleh mencapai panjang maksimum 4.3 m dan berat maksimum 150 kg. Ikan ini gemar memakan ikan sardin, kembung, tamban dan sotong dan tidak agresif atau berbahaya kepada manusia. Yu tukul boleh ditangkap dengan menggunakan rawai, pancing serta pukat hanyut. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana ia mampu memberikan tentangan kepada pemancing.
whale sharkyu pausPerikananTiadaIkan yu daripada famili Rhincodontidae, spesies Rhincodon typus, iaitu jenis ikan luar pesisir yang berhijrah jauh di antara laut bebas dengan perairan negara dan kembali ke tempat asal pada musim membiak. Yu paus merupakan spesies ikan yang dilindungi. Badan ikan ini berwarna kelabu di bahagian atas dan bewarna putih di bahagian bawah. Terdapat tiga banjaran yang jelas pada sisi kanan dan kiri serta jaluran berbintik kuning di sekeliling badan. Mulutnya pula berada di bahagian depan muncung. Yu paus merupakan ikan yu terbesar yang boleh mencapai panjang 12 meter tetapi tidak berbahaya kepada manusia. Ikan ini hanya memakan plankton nekton melalui alat penyaring yang terdapat di dalam mulutnya. Yu paus bergerak secara bersendirian dan kadangkala bergerak secara berkumpulan, iaitu dalam lingkungan 100 ekor. Ikan ini biasanya berenang bersama-sama ikan pelagik seperti ikan skombrid dan boleh ditangkap dengan menggunakan tombak.
gigi yugigi yuKesenianTiadaTeknik mematikan kepala tikar dengan anyaman teknik angkat satu, tekan satu, menggunakan satu helaian yang dilipat dua kali selari membentuk sesiku.
spottail sharkyu kepak hitamPerikananTiadaIkan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Carcharhinus sorrah, iaitu ikan jenis demersal yang tidak berkumpulan. Yu kepak hitam berwarna kelabu keperangan di bahagian atas dan putih di bahagian bawah. Ikan ini hidup di di sekitar kawasan terumbu karang serta dasar laut yang landai dan berpasir. Pada waktu malam, yu kepak hitam mendiami kawasan permukaan air manakala pada waktu siang ikan ini mendiami bahagian dasar laut. Sirip ekor bawah yu ini mempunyai tompok hitam, manakala sirip ekor atas berbintik hitam. Ikan ini gemar memakan sotong kurita serta ikan karang dan ditangkap menggunakan pancing atau pukat hanyut.
sicklefin weasel sharkyu bintik putihPerikananTiadaIkan yu daripada famili Hemigaleidae, spesies Hemigaleus microstoma, iaitu jenis ikan demersal yang tidak berkumpulan. Bahagian atas badan yu bintik putih berwarna kelabu keperangan dan bahagian bawah badan pula berwarna cerah. Yu bintik putih mempunyai muncung yang tajam, badan yang agak lonjong dan panjang, bintik putih di sisi badan dan hujung sirip dorsal kedua yang bertompok hitam. Ikan ini hidup di kawasan pantai dan juga di luar pantai dan ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut pantai, pukat tunda dasar atau rawai.
brown-banded bamboo sharkyu tokehPerikananTiadaIkan yu daripada famili Hemiscylliidae, spesies Chiloscyllium punctatum, iaitu jenis ikan demersal yang berenang secara tidak berkumpulan. Yu tokeh mempunyai badan yang langsing, ekor panjang, sesungut hidung yang panjang untuk mengesan makanan dan berwarna coklat muda. Ikan ini hidup di dasar laut serta pantai terutama di kawasan terumbu karang dan kadangkala memasuki muara sungai. Yu tokeh boleh ditangkap dengan menggunakan rawai, pancing serta pukat hanyut. Ikan ini berpotensi sebagai ikan rekreasi kerana ia mampu memberikan tentangan kepada pemancing. Sinonim yu punai.
grey bamboo sharkyu cicak gempalPerikananTiadaIkan yu daripada famili Hemiscylliidae, spesies Chiloscyllium griseum, iaitu jenis ikan demersal yang tidak berkumpulan. Yu cicak gempal berwarna coklat kekuningan atau kelabu keperangan di bahagian atas dan kuning keputih-putihan di bahagian bawah. Ikan ini mempunyai dua sirip dorsal tanpa spina dan mulut yang pendek di bahagian depan mata serta muncung yang bulat. Ikan ini mendiami kawasan air yang cetek, berterumbu karang dan kadangkala memasuki muara sungai.
blacktip reef sharkyu sirip hitamPerikananTiadaIkan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Carcharhinus melanopterus, iaitu jenis ikan demersal yang berenang secara tidak berkumpulan. Yu sirip hitam bersaiz sederhana dan berwarna coklat keperangan di bahagian atas badan serta putih di bahagian bawah badan. Pada puncak sirip dorsal kedua, hujung sirip pektoral, hujung sirip pelvik dan hujung sirip anal ikan ini terdapat tompokan berwarna hitam. Muncungnya pula pendek dan bulat melebar dari pandangan bawah. Jarak dari hujung muncung ke mulut hampir sama dengan jarak di antara kedua lubang hidung. Gigi pada rahang atas adalah kecil, ramping, bengkok dan bergerigi pada pangkalnya. Gigi pada rahang bawah juga kecil, ramping, tegak dan ada yang senget manakala bahagian tepinya bergerigi halus. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan rawai atau joran.
123

Kembali ke atas