Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[yuan] | يوان

Definisi : unit mata wang utama Republik Rakyat China. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[yuan] | يوان

Definisi : unit mata wang utama Republik Rakyat China. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "Chinese yuan" sesuai diterjemahkan kepada "Yuan Cina" atau "Cina Yuan"? Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Penggunaan yang sesuai ialah Yuan China sama seperti Ringgit Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan12.08.2018
Salam sejahtera, Adakah "Yuan Cina" atau "Yuan China" sesuai digunakan bagi terjemahan "Chinese yuan"? Terima kasih.Penggunaan yang sesuai ialah Yuan China sama seperti Ringgit Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2018
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. 2. Penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. Perkataan "penerjunan" bermaksud hal atau perbuatan terjun, menerjuni atau menerjunkan. Dalam ayat (1), perkataan "penerjunan" bermaksud hal menerjuni. Jadi, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" lebih tepat? Pada pandangan saya, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" lebih betul kerana frasa ini bermakna "hal menerjuni Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau "hal terjun ke dalam Sungai Miluo oleh Chu Yuan". Jika dikatakan frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo", frasa ini bermaksud "hal menerjuni Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal terjun ke dalam Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo". Maksud frasa ini salah sepenuhnya. Frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" juga boleh bermaksud "hal menerjunkan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal membuat Chu Yuan terjun ke dalam Sungai Miluo". Chu Yuan sendiri yang terjun ke dalam Sungai Miluo, bukan ada orang yang mungkin menolaknya menyebabkannya terjun ke dalam Sungai Miluo (menerjunkan Chu Yuan).Kedua-dua ayat itu betul kerana penerjunan boleh bermaksud perbuatan (hal) terjun seperti dalam ayat pertama; menerjuni; atau menerjunkan seperti dalam ayat kedua. Ayat ini kedua ini diterima jika maksud yang hendak disampaikan ialah perbuatan menerjunkan Chu Yuan ke dalam sungai (betul berdasarkan konteks ayat).
 
Tatabahasa22.12.2014
Adakah "Dinasti Song, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming" boleh ditulis sebagai "Dinasti Song, Yuan dan Ming"? Terima kasih.Ya perlu ditulis "Dinasti Song, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming"Lain-lain18.01.2018
"Beliau menanyai / menanya / menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya." Apakah kata kerja yang sesuai bagi ayat di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Beliau menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya."Tatabahasa29.03.2007
Apakah istilah 'Sycee'(ENG) dalam Bahasa Melayu? Bolehkah Sycee diterjemah sebagai "Yuan Bao", mengikut sebutan Mandarin? Terima kasih.

“Sycee” bukan perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi merupakan perkataan dalam bahasa Cina (dialek Kantonis) yang bermaksud “sutera halus”, “yuan bao” pula ialah dialek Mandarin yang digunakan untuk merujuk “kantung syiling”. Secara simboliknya, kedua-dua dialek ini digunakan untuk merujuk objek yang sama dalam bahasa Inggeris, iaitu “ingot” (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Maka, kami mencadangkan “sycee” diterjemahkan sebagai “jongkong”, iaitu ketulan logam (emas, perak dan lain-lain) yang berbentuk perahu. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah27.05.2020

Kembali ke atas