Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za]/[za] | زاء

Definisi : (zO) 1. huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900); 2. huruf ke-18 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata za


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
isothermal atmosphereatmosfera isotermaSainsHidrometeorologiAtmosfera yang beada dalam keseimbangan hidrostatik yang suhunya tetap mengikut ketinggian dan oleh yang demikian tekanannya berkurangan ke atas pada kadar eksponen. Dalam atmosfera yang sedemikian, ketebalan antara dua aras dihuraikan dengan; zB � zA = RdTv PA g In pB' dengan Rd ialah pemalar gas bagi udara kering; Tv ialah suhu maya (K); g ialah pecutan graviti; dan PA dan PB ialah tekanan pada ketinggian zA dan zB masing-masing. Dalam atmosfera isoterma, tidak terdapat satu aras terhingga yang padanya tekanan lenyap. Istilah ini juga disebut atmosfera eksponen.
clerihewsyair ejekanKesusasteraanPuisiSyair yang mengandungi nada dan persoalan yang boleh menimbulkan kesan ejekan. Persoalan yang timbul dalam puisi ini menggambarkan tentang kehidupan tingkah laku yang tidak memberi faedah. Contohnya, syair "Pedoman Belia" karya Za'ba di bawah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
cadenzakadenzaMuzikTiada

 Bahagian muzik bagi pemuzik solo membuat persembahan secara berseorangan, terutamanya dalam genre konserto. Satu rangkap muzik yang diselitkan antara dua kord dalam kadens terakhir bagi memberi peluang kepada pemuzik solo menunjukkan kemahiran dalam teknik persembahan. Kaden­za mungkin digubah oleh komposer atau diimprovisasi oleh pemuzik solo itu sendiri. Muzik kadenza bercorak improvisasi, melodinya berbunga-bunga dan melibatkan rangkap skel dan ritma yang rancak. Bahagian orkestra berhenti bermain muzik buat seketika apabila kadenza dipersembahkan.

gambusgambusMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Gambus yang berasal dari Timur Tengah dikenali sebagai ud. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian belakang badan berbentuk bulat. Bahagian hadapan permukaan alat muzik ini rata dengan lehernya yang pendek tanpa fret. Gambus mempunyai lima hingga lapan tali yang disusun dalam dua lapisan serta satu tali bernada tinggi. Pemain akan meletakkan gambus secara melintang dan talinya dipetik dengan jari. Gambus dimainkan dalam ensembel zapin, ghazal dan ronggeng asli. Di Sabah dan di Sarawak, gam­bus dimainkan oleh suku kaum Bajau, suku kaum Kadazan dan kaum Iban. Gambus dari kedua-dua negeri ini diperbuat daripada kayu yang mempunyai kulit pada bahagian hadap­an. Paku tekan digunakan untuk memasang kulit pada badan gambus dan mempunyai tiga tali yang disusun dalam dua la­pisan. Di Sabah, gambus dipetik dengan plektrum yang diper­buat daripada sisik tenggiling, sementara di Sarawak gambus dipetik dengan jari. Suku kaum ini bermain gambus untuk menghiburkan hati selepas bekerja. Lagu yang dimainkan ditiru daripada lagu joget dan zapin.

collophonkolofonKesusasteraanTiadaMaklumat pada bahagian akhir sesebuah manuskrip bertulis tangan atau bercetak yang mencatatkan nama pengarang, tajuk karya, tarikh diterbitkan, dan nama pencetak. Dalam konteks penulisan moden, kolofon biasanya terdapat pada bahagian awal buku, mencatakan nama penerbit, tempat terbit, tanda dagangan, jenis kertas, jenis huruf, dan sebagainya. Dalam tradisi penulisan manuskrip lama, kolofon merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk diketahui oleh pembaca. Pada bahagian tersebut, pembaca akan mengetahui nama pengarang, penyalin manuskrip, tarikh dan tempat manuskrip ditulis atau disalin. Maklumat yang diperoleh menjadi panduan kepada pembaca atau pengkaji untuk mengetahui sejarah dan latar belakang manuskrip berkenaan. Manuskrip yang tidak mempunyai kolofon akan memberikan pelbagai masalah kepada pembaca atau pengkaji untuk menentukan kedudukan manuskrip berkenaan. Contohnya, dablah Hikayat Raja Pasai (Russell Jones, 1987), terdapat kolofon seperti yang berikut: �Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang mendengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wa taala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat shafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wassalam. Tamat hari Isnin, kepada hari, Dua puluh sa, kepada bulan, Muharam, sanat za Hijratul Nabi 1230, Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapupu nagari Demak nagari Bagor , warsa 1742.�
biographybiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup seseorang atau sebuah keluarga yang ditulis oleh orang lain secara menyeluruh. Penulisan biografi diusahakan untuk memperlihatkan perwatakan individu atau sesebuah keluarga termasuklah aktiviti dan pengalamannya serta persekitaran yang mengelilinginya. Pada zaman Yunani dan Romawi, biografi dianggap sebahagian daripada tulisan sejarah. Bentuk bagiografi atau kisah hidup para santo (saints) adalah antara tulisan biografi yang awal. Selain itu, biografi awal juga berlegar pada periwayatan raja dan tokoh wira. Rata-rata penekanan tulisan adalah pada kekuatan dan kebaikan tokoh yang diperkatakan. Bentuk biografi pada tahap ini lebih bersifat pemujaan yang tidak objektif. Walau bagaimanapun, dalam karya Lives of The Poets, Samuel Johnson mula meninggalkan ciri-ciri pendewaan tokoh dan penulisannya memperlihatkan objektiviti yang menjadi tuntutan sesebuah biografi. Johnson meletakkan biografi sebagai genres sastera yang diakui dan diterima khalayaknya. Dengan terhasilnya tulisan James Boswell berjudul Life of Samuel Johnson, biografi sebagai bentuk tulisan menjadi lebih kukuh. Sementara dalam tulisan Lytton Strachey berjudul Eminent Victorians, bentuk penulisan ini lebih mantap seperti yang dilihat dan difahami sekarang. Dewasa ini, biografi meliputi kisah riwayat hidup orang biasa, dan tulisannya berbentuk ilmiah dan popular. Contoh biografi dalam sastera Arab ialah Hayat Salah al-Din al-Ayubbi oleh Ahmad Bili. Dalam kesusasteraan Melayu, bentuk biografi dapat dilihat pada karya seperti Pendeta Za�ba dalam Kenangan oleh Abdullah Hussain, dan Biografi Usman Awang: Sebuah Benua Rusuh oleh Muhammad Haji Salleh. Biografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup�. Lihat juga anekdot, autobiografi, hagiografi.

Kembali ke atas