Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.kar] | ذکر

Definisi : Ar kemaluan laki-laki, pelir; anak buah ~ saluran panjang yg bergulunggulung pd permukaan belakang buah zakar tempat spermatozoa disimpan; buah ~ buah pelir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.kar] | ذکر

Definisi : kemaluan lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zakar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAKAR

Zakar ialah organ pembiakan luaran pada lelaki.

Pada lelaki dan kebanyakan mamalia jantan, air

kencing dan bendalir pembawa sperma yang

dikenali sebagai semen , keluar melalui zakar.

UMUM 
PALANG

PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo.  Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita.  Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang.  Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi.  Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang.

BUDAYAUbat-Ubatan
BERKHATAN

BERKHATAN,  proses memotong kulit hujung zakar lelaki atau mengupas penutup kelentit perempuan.  Berkhatan juga dikenal sebagai bersunat atau masuk jawi.  Biasanya berkhatan dilakukan sewaktu seseorang itu kanak-kanak lagi.  Proses ini dilakukan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada zakar dan kelentit bagi membersihkan segala kotoran pada takuk zakar dan kelentit itu.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas