Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.kat] | زکاة

Definisi : Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ~ fitrah = ~ badan zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pd bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa); ~ harta zakat yg diwajibkan ke atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan yg cukup nisab dan haul; ~ pendapatan zakat yg diwajibkan ke atas pendapatan seseorang pd kadar 2.5% setelah cukup nisab dan haulnya; ~ rikaz zakat yg dikenakan ke atas harta terpendam termasuk bahan galian; berzakat membayar (memberi) zakat; menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (harta dsb): ~ hartanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.kat] | زکاة

Definisi : cukai yg wajib dibayar atau dikeluarkan oleh tiap-tiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya. ~ fitrah (badan) zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali pd bulan puasa (sehingga sebelum sembahyang hari raya). ~ harta zakat yg diwajibkan atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan, yg cukup nisab dan haul. berzakat membayar atau mengeluarkan zakat. menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (sesuatu): Orang Islam wajib ~ hartanya apabila cukup syarat-syaratnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zakat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih.Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini.Tatabahasa12.05.2011
Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. TUAN, ADAKAH BETUL PENGGUNAAN 'IALAH' SELEPAS BILANGAN ATAU PERLU DITUKAR 'ADALAH'?Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakatTatabahasa02.11.2021
Assalamualaikum, Saya bukan ingin membuat pertanyaan, tetapi ingin menegur pentakrifan perkataan ZAKAT yang dikeluarkan oleh pihak DBP untuk Kamus Dewan cetakan ke3 dan ke4. DBP menulis: --zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ...... (Kamus Dewan Edisi Tiga) -zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; .... (Kamus Dewan Edisi Empat) PErkara yang ingin ditegur di sini ialah, zakat bukan merupakan rukun Islam yang ke4, tetapi yang ke3, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: "Islam ialah: Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang berkuasa." (Hadis Sahih). Sekian, harap maaf. -Suryani Masnan-

Waalaikumsalam wbt.

Terima kasih atas pandangan saudari yang begitu bernas. Untuk pengetahuan saudari, setiap entri yang berkaitan dengan agama atau kata yang berasal daripada bahasa Arab mempunyai panel penilainya tersendiri. Dan panel-panel tersebut terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Kebanyakan pakar yang terlibat datangnya dari universiti-universiti tempatan.

Berbalik kepada soalan saudari. Sekiranya saudari merujuk kepada mana-mana kitab tauhid/aqidah, saudari akan dapati kedudukan 'zakat' itu di tangga yang keempat bukan ketiga. Kedudukan zakat dalam hadis yang disebutkan itu tidak bermaksud kedudukannya dalam keutamaan rukun Islam. Banyak laman web berbahasa Arab yang saya layari, kesemuanya merujuk bahawa zakat merupakan rukun Islam keempat. Sila rujuk juga kitab-kitab lain yang berkaitan rukun Islam. Jangan sekadar mengambil maksud langsung hadis tersebut. Lihat juga kepada kupasannya.

Lain-lain13.05.2009
Salam, Memohon penyemakan bagi nama Jurnal baharu Keluaran JAWHAR. Iaitu Journal of Awqaf, Zakat and Hajj (JAWHAR) adakah betul dari segi tatabahasa penggunaan of. Sekiranya dalam kurungan bukan akronim kepada Journal of Awqaf, Zakat and Hajj, adakah betul penggunaan Jawhar dalam kurungan di hujung Nama jurnal tersebut. Journal of Awqaf, Zakat and Hajj (JAWHAR). Terima kasih.

Adakah nama Jounal of Awqaf, Zakat and Hajj (JAWHAR) merupakan kata nama khas? Jika nama jurnal tersebut merupakan kata nama khas, maka perlu dikekalkan penggunaannya seperti sedia ada. Jika nama tersebut bukan kata nama khas, DBP tidak menyemak dan mengesahkan perkataan atau frasa dalam bahasa Inggeris.

Tatabahasa18.08.2023
Assalamualaikum, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan memasang papan tanda arah. Pihak LZS ingin memohon pengesahan tulisan jawi bagi perkataaan "PUSAT PEMBANGUNAN ZAKAT SELANGOR". Dilampirkan lakaran untuk rujukan pihak tuan. Sekian, terima kasih.Sila buat permohonan melalui https://dbpsahbahasa.my/ untuk penyemakan dan Pengesahan iklan. Terima kasih.Lain-lain16.12.2019
Assalamualaikum Tuan yang dihormati. Bagaimana ejaan PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN di dalam ejaan Jawi? Terima kasih.PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام ٳسلام ولايه ڤرسكوتوان
Ejaan04.02.2020
ibnu sabil (salah satu asnaf zakat) yang bermaksud orang yang dalam perjalanan, bagaimana tulisannya dalam bahasa Melayu. Atau perlu diitalickan dalam penulisan artikel.Jika terdapat penggunaan bahasa-bahasa asing dalam penulisan bahasa Melayu, ejaannya perlulah diitalikkan seperti ... ibnu sabil merupakan sebahagian daripada yang layak menerima zakat.Ejaan06.02.2014
Assalamualaikum, 1- Bolehkah digunakan perkataan "yang mana" dalam ayat? 2- Bolehkah digabungkan perkataan Bahasa Arab atau Inggeris dengan Bahasa Melayu tetapi Bahasa lain tersebut disengetkan (italic) kerana kalau ingin diterjemah agak panjang dan kurang sesuai: contohnya: Penta'ajilan zakat (iaitu bermaksud mempercepatkan pembayaran/pengeluaran zakat sebelum haul). Perkataan ta'ajil di atas disengetkan, tetapi imbuhan "Pen" dan "an" dibiarkan tegak.

1. Frasa 'yang mana' tidak digunakan memandangkan bahawa frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dalam bahasa Inggeris.   Penggunaan yang betul ialah sama ada yang atau mana - bergantung pada kesesuaian ayat.

2. Perkataan Taajil belum ada dalam Kamus Dewan, kami cadangkan saudara menggunakan perkataan/frasa yang melambang maksudnya dalam bahasa Melayu agar dapat difahami oleh khalayak. Walau bagaimanapun jika perkataan taajil (pentaajilan) perlu dikekalkan istilahnya, maka hendaklah ditulis dengan huruf condong.

Tatabahasa25.01.2011
Mohon pencerahan berkenaan penggunaan tulisan jawi pada papan tunjuk arah Lembaga Zakat Selangor yang akan dipasang di sekitar Selangor, bagi pemasangan papan tunjuk arah cawangan Kompleks PKNS, "PKNS" perlu ditukarkan dalam huruf jawi atau rumi ? Jika penggunaannya dalam huruf jawi, mohon nyatakan. Sekian ,terima kasih.Dalam teks Jawi PKNS juga perlu dieja dalam huruf Jawi, iaitu . ڨ . ک . ن . س .Ejaan22.02.2017
Bagaimana caranya untuk mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa jawi dalam pengiklanan papan tanda tunjuk arah bagi setiap daerah/cawangan Lembaga Zakat Selangor ? Saya telah menghubungi pihak DBP namun tidak berjaya. Boleh saya dapatkan no tel yang boleh dihubungi ?Tuan/puan boleh menghubungi nombor seperti yang berikut:

02-21479400/9108

Terima kasih.
Lain-lain26.02.2017
12

Kembali ke atas