Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[za.kat] | زکاة

Definisi : Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ~ fitrah = ~ badan zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali (pd bulan Ramadan sehingga sebelum sembahyang Hari Raya Puasa); ~ harta zakat yg diwajibkan ke atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan yg cukup nisab dan haul; ~ pendapatan zakat yg diwajibkan ke atas pendapatan seseorang pd kadar 2.5% setelah cukup nisab dan haulnya; ~ rikaz zakat yg dikenakan ke atas harta terpendam termasuk bahan galian; berzakat membayar (memberi) zakat; menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (harta dsb): ~ hartanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[za.kat] | زکاة

Definisi : cukai yg wajib dibayar atau dikeluarkan oleh tiap-tiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya. ~ fitrah (badan) zakat yg wajib dibayar oleh tiap-tiap orang Islam setahun sekali pd bulan puasa (sehingga sebelum sembahyang hari raya). ~ harta zakat yg diwajibkan atas harta benda, iaitu emas, perak, wang simpanan, ternakan, tanaman dan perniagaan, yg cukup nisab dan haul. berzakat membayar atau mengeluarkan zakat. menzakatkan mengeluarkan zakat bagi (sesuatu): Orang Islam wajib ~ hartanya apabila cukup syarat-syaratnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zakat


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Zakat satu tinjauanIBS BukuTiada19889679501000
Zakat : penjana pembangunan ekonomi IslamAl-HidayahTiada2002983-099-431-7
Zakat menuju pengurusan profesionalUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2005967-61-1760-9
Zakat: teori, kutipan dan agihanUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2005967-61-1649-1
Zakat dan sedekahDewan Bahasa dan PustakaTiada1993978-983-62-358-3
Zakat pertanianDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990983-62-1150-0
Zakat: membangun ummahUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2002967-61-1318-2
Zakat dan sedekahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20079836297433
Zakat Pertanian: sistem dan pelaksanaanyaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990 
Zakat dan cara membayarnyaDewan Bahasa dan PustakaTiada1991 
1234

Kembali ke atas